Suatu hari di hari raya bilamana sepasang ibubapa yang menanti yang belum pasti pulang. Dan kepulangan itu masih lagi dinanti dan mungkin sudah tidak lagi menjadi suatu harapan kalau mana ia tidak mahu diharapkan lagi. Memang benar kadang-kadang salah percaturan itu menjadi kesilapan yang besar bagi seseorang. Apatah lagi kalau ianya tidak mendapat kemaafan oleh seorang yang sepatutnya tidak perlu dipinta maaf darinya kerana kemuliaan si pesalah itu. Memang benar kalaupun salah itu menjadi pemberi kesan kepada seluruh hidupnya dan juga semua saudaranya. Tapi bukankah masih ada hikmah disana kalau diambil positif darinya. Sekali lagi ketebalan ego menjadi sebuah nilai dalam memberi dan menerima sebuah kemaafan yang besar untuk suatu kesalahan.
"Jangan berani menuai kalau tidak berani hendak menanam." Yang sangat megguris oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya kalau sudah duduk di tempat mulia itu. Kalau hidup masa depan ini dianggap suatu nilai yang sangat dipentingkan oleh seorang yang punya tanggungjawab untuk memuliakan mereka di tempat yang mulia, apakah salah itu sudah menjadi suatu yang tidak harus dimaafkan? Haruskah ungkapan maaf itu diucapkan oleh si mulia itu walaupun kesilapan itu pada asalnya hanya mahu menyelamatkan keadaan ketika kecilnya ia? Dan tidak pula ia tahu atau sebenarnya dia yang terkepompong pada ketika itu sehingga ia menjadi sangat tidak faham akan lumrah dunia ini. Atau pun sebenarnya dia tidak menyangka tindakan itu akhirnya mejadi sebuah permusuhan yang tidak sepatutnya bagi sebuah pertalian?
Kamu masih beruntung kerana hari ini kau sudah berada di situ. Sedangkan saudaramu yang lain itu masih di sini. Bertanyakan kalau adarezeki di sana sini. Sekali lagi ilmu itu menjadi ukuran bagi seseorang yang mahu keduanya. Di sini mahupun di sana sejahteranya. Hati saudara itu tidak tahu apa isinya. harapan tingginya itu tidak tahu entah ke mana. Kalau tak punya ilmu, kemana hendak perginya mereka.
Aku teremosi, sebak sendiri, dan kalau mahu ditolong, di celah mana harus dihulur.
2 comments:
kemaafan, mudah dilafazkan, tapi sukar dilaksanakan. bila mulut menerima maaf, tetapi hati tidak pula. Ikhlaskah begitu?
Memang sukar untuk memaafkan kesalahan orang yang lebih tinggi statusnya. Namun, dalam banyak kesalahan yang dilakukan, pasti ada jua kebaikan yang dilaksana walau cuma satu. Ingatlah semula kebaikan itu, moga-moga ianya menjadi pedoman dalam hubungan yang lebih baik. InsyaAllah...
insaf3.. :S
Post a Comment