Tak salah kalau sesekali menoleh ke belakang kalau kita rasa hari ini kita sesat dan tersalah jalan. Kerana bila berlaku macam tu kita akan tahu jalan mana yang harus diikut dan tidak akan tersesat lagi di masa hadapan. Mengapa harus selalu mendongak ke langit kalau jalan di hadapan masih lagi samar-samar kelihatannya?
Memang benar, kadang-kadang masa lepas tu suatu yang sgt pahit nak ditelan. Ia juga kadang-kadang menjadi suatu yang paling tidak mahu diingat pada hari ini. Tapi kalau sentiasa kita terkenangkan yang manis, akhirnya akan terlupa bahawa kemanisan itu yang kembali akan membunuh kita pada masa akan datang.
Apatah lagi kalau kita membohongi apa yang tersilap pada masa lepas. Suatu yang hanya bakal menjadi faedah sementara dan akhirnya kita sendiri yang tersepit dengan tekanan jiwa. Membohongi masa silam memang suatu yang akan memberi tekanan dalam hidup kita. Memang benar kalau yang baik itu disempadankan sahaja. Tapi kalau ia dibohongi tidak akan menjadi suatu teladan pula pada yang lain.
Kita cenderung untuk cuba melupakan suatu yang buruk yang pernah berlaku dalam diri kita. Apatah lagi suatu yang mampu akan mengubah tanggapan orang lain terhadap kita bila diceritakan semula. Ada baiknya yang buruk itu biarlah disimpan sendiri hanya teladan dan panduan yang betul diceritakan agar kesilapan lalu itu tidak lagi dilakukan oleh kita mahupun oleh orang lain yang mengenali kita.
Usah dibohongi hati itu, kerana memori buruk itu memang pastinya tak akan terpadam walaupun kita cuba menukarkannya dengan fantasi lain yang kononnya yang baik itu berlaku terhadap diri kita. Sesekali pandanglah ke belakang, mana tahu ada panduan. Sesekali tanyalah yang lebih tua dalam kehidupan, mana tahu ada teladan. Kalau itu mampu menundukkan kita dari mendongak ke langit, barulah cerita bagaimana nak pandang ke hadapan.

1 comment:
Yang lalu itu sejarah. Sejarah yang xmungkin kita boleh ubah. Yang di hadapan itu masa depan. Masa depan yang perlu kita corak. Masa depan penting kerana ia adalah sesuatu yang belum pasti. Namun, tanpa sejarah, tak mungkin ada masa depan. Walau mungkin sejarah itu terlalu pahit untuk dikenang, percayalah, tanpa sejarah yang pahit itu, tak mungkin kita akan bertemu dengan masa depan yang manis. Sejarah bukan untuk diubah apatah lagi untuk dilupakan. Sejarah untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan di masa depan. Apa salah kalau kita sesekali menoleh ke belakang. Tapi jangan sampai, sejarah itu mempengaruhi hidup lantas merosakkan masa depan kita. Yakinlah dengan janji-NYA. Takkan dia menjadikan sesuatu untuk yang sia-sia. Baik pahit atau manis, semuanya ada sebab. Hanya DIA yang tahu. Wallahualam...
Post a Comment