Wednesday, March 18, 2009

Berpepatah - Dedicated tu Marone

Aku pernah dengar cakap-cakap orang, kalau nak beli baju, ukurlah kat badan sendiri. Bukan apa, takut-takut kalau kail kita yang panjang sejengkal, laut Selat Melaka kita belum tentu lagi boleh menduga dalamnya. Silap-silap jadi la kita macam si luncai, terjun dengan labu-labunya.

Kita terkadang selalu menjadi seperti tong kosong. Bila ada telur sebijik, riuh kita sekampung kecohnya. Bukan apa, manakan boleh bangkai gajah nak ditutup dengan pelepah nyiur kerana ianya dah tak jadi bau-bau bacang lagi. Bila dah terkena, pepatah air yang dicincang takkan putus dah tak terpakai lagi.

Terlajak perahu boleh diundur, kalau terlajak kata dan perbuatan? Apa pula natijahnya? Aku bukanlah nak menjadi seperti anjing yang menyalak bukit, hanyalah seorang budak yang baru hendak menjolok cempedak di luar pagar.

Memang pasti budi baik dibalas baik dan sebaliknya yang jahat itu dibalas jahat. Sepandai-pandai tupai melopat, ke tanah jugak jautuhnya ia. Tapi aku selalu tengok orang salah paham berkenaan bila masuk kandang kambing mengembek, kalau masuk kandang lembu melenguh. Kadang-kadang perlu jugak kalau kita masuk kandang kambing kita mengaum. Tapi yang silapnya bila ada kambing mengaum terus je nak cop mereka ni dah jadi musang berbulu ayam. Padahal yang nak mengaum ni nak bagitau masih ada musuh dalam selimut dalam kandang kambing ni. Takut sangat yang mengaum ni sebenarnya harimau yang padahalnya mmg dah sah-sah dia tu kambing jugak.

Jangan terasa, jangan melenting. Kalau ada jarum yang patah tu, jangan pula disimpan di dalam peti. Bukan apa, nanti takut pula jadi macam api dalam sekam. Yelah, sebab orang-orang melayu ni selalu jer bila dah gaharu cendana pula. Lagi nak bersuluh di siang hari. Pisang tu, bukan kata berbuah dua kali, padahal dah berkali-kali. Kenapa bila dah baling batu masih nak sembunyi tangan?

Konon katanya nak jadi seperti harimau, bila mati meninggalkan belang. Tapi sebenarnya sudah berkolah air keruh yang dah ditangguk tu. Dah kena dah tu. Bila buku bertemu dengan ruas. Bila dah terhantuk baru nak terngadah, jangan pula kata hari ni baru perasan langit tu tinggi ke rendah.

Oklah...Cakap siang, pandang-pandang. Kalau makan cili memang la pedas. Dukacita dimaklumkan. Jangan jadi macam ayam berak kapur tau lepas ni. Hehehe.

1 comment:

tEnTanGkIta said...

Cakap siang pandang2 dan cakap malam dengar2.. itu kata seorang rakan ku yang katanya seperti budak baru yang hendak menjolok cempedak diluar pagar..ambil pepatah orang tua kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai.. kita sering mengambil sikap baling sembunyi tangan, berkata sambil mendabik dada tapi bila di tanya diam seribu bahasa.. jatuh bangun seorang lelaki bernama melayu sering diejek sehingga tak sedar bangsa lain manjadi api dalam serkam membakar melayu sedikit demi sedikit..
Betul kita banyak terpesong dari jalan yang lurus.. tapi dengan mentertawakan bangsa kita bolehkan kita betulkan mana yang terpesong.. kita sendiri menjadi seperti ulama yang hanya memandang dunia.. sepatutnya kita berjuang di dalam landasan yang ada dan memperbetulkan aper yang salah... hinakah membuat salah? kalau hina kenapa ada ruang yang Allah berikan untuk kita bertaubat? Dimana dan apa perasaan kita bila kita jatuh lalu ditertawakan oleh bangsa kita sendiri...?
Bukan mempertahankan benang yang basah..cuma mengelakkan rakanku menjadi lebih terpesong dengan laluan sendiri...maaf jika bicara salah dikata.. maaf jika perbuatan menghiris rasa...Cuba baca nukilan dibawah.. ini yang aku pendam setiap kali bangsa aku menderhaka kepada bangsanya sendiri...

ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi,
air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang..

nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa sesamalah kita,
cinta lenyap di arus zaman..

Indahnya bumi kita ini,
warisan berkurun lamanya,
hasil mengalir ke tangan yang lain,
pribumi merintih sendiri...

masa depan sungguh kelam,
kan lenyap peristiwa semalam,
tertutup lah hati terkunci mati,
maruah pribadi dah hilang..

kini kita cuma tinggal kuasa,
yang akan mementukan bangsa,
bersatulah hati, bersama berbakti,
pulih kembali harga diri..

kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa,
jgn lah terlalai, terus usaha,
melayukan gagah di nusantara

salam..

manjadda wajada kun fayakun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...