Monday, May 30, 2011

Racism, Nationalism dan Sentimentasi.

Isu racism ini sebenarnya suatu isu yang sudah lapuk. Tapi nampaknya semenjak dua menjak ni dah mula panas dengan adanya mulut-mulut longkang yang tidak berotak melaung-laungkan isu ini macam anjing yang menyalak bukit. Memang benar kedengarannya memang agak keras bunyinya aku menghamun racism ini di sini. Tapi aku punya sebab kenapa racism ini tidak boleh lagi diamalkan di dalam negara kita.

Sebagai satu sebab utama adalah Islam sendiri yang mengharamkan dasar perkauman ini. Dalam bahasa Arab racism disebut juga sebagai Assobiyyah. Dalam ertikata lain racism ini juga bermaksud fanatik atau taksub kepada kaum kita sendiri. Akan tetapi tidak bermaksud kita mengabaikan kepentingan kaum sendiri. Tapi bilamana sampai kepada tahap taksub maka ianya menjadi suatu yang boleh mencetuskan pergaduhan dan lebih teruk jika ianya peperangan.

Antara lain sikap perkauman ini tidak boleh diamalkan di Malaysia adalah kerana sudah tentunya keadaan yang berbilang kaum yang menyebabkan racism menjadi isu sensitif dan tak boleh dijentik barang sedikit di sini. Semua orang masih ingat peristiwa 13 Mei itu. Maka adakah patut kita menyentuh lagi isu seperti dan mengulang kisah yang sama pada hari ini?

Aku jadi pelik mengapa masih ada sikap perkauman di kalangan Melayu. Mengapa masih mahu bersentimen dalam ruang sempit hanya kerana tidak bersetuju dalam hal-hal kecil. Adakah kesan 13 Mei itu masih terasa lagi hari ini atau sebenarnya kita sahaja yang takut bayang-bayang sendiri, malas berusaha dan akhirnya menuding jari kepada kaum lain dan mengatakan "Kerana kamu semua kami ini jadi begini."

Racism dan DEB (Dasar Ekonomi Baru)

Tidak dinafikan bahawa DEB telah banyak memberi ruang dan peluang kepada orang Melayu pasca merdeka untuk menjadi maju dan mampu bersaing dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia. Aku sendiri akui bahawa aku adalah anak yang dibesarkan dalam DEB dan mendapat semua kelebihan sebagai seorang Melayu dalam DEB. Akan tetapi adakah kita sedar secara tidak langsung DEB juga antara salah satu faktor yang menyebabkan bibit-bibit racism di negara ini? Ini kerana kaum-kaum lain berasa tertindas dengan dasar ini sekiranya mereka tidak mengetahui isi sebenar dan tujuan dasar ini dilaksanakan.

Pada dasarnya adalah tidak salah DEB ini. Akan tetapi penyalahgunaan dasar ini telah mencetuskan kemarahan dan akhirnya kaum lain mencari alternatif cuba untuk memanipulasi ekonomi atas kesan oleh dasar ini. Kita akhirnya Melayu hanya jadi kaum punya kuasa tak punya wang dan banyak menjadi mangsa diskriminasi ekonomi sama ada sebagai pengguna mahupun sebagai peniaga atau pengeluar.

Mungkin dasar ini harus dikaji semula pelaksanaannya. Kita harus punya satu dasar baru yang membolehkan bangsa Melayu mempunyai daya saing yang tinggi dan bergantung kepada kuota dan subsidi sahaja. Aku percaya dengan kaedah ini ia mampu memberi impak dan produk Melayu yang berkualiti dalam keadaan berkuantiti.

Sentimentasi dan Nationalism

Hari ini kita sangat cenderung untuk bersentimen di sana sini. Bersentimen atas nama politik, bersentimen atas nama perkauman dan bersentimen atas nama agama. Tapi kadang kadang kita lupa bahawa bersentimen itu ada masanya akan mempamerkan sahaja kebodohan kita yang selama ini orang lain tidak tahu. Akhirnya kita hanya akan diketawakan kerana kebodohan dan bukan diingat sebagai seorang pejuang yang melaung memperjuangkan sesuatu yang kita mahukan.

Kalau hari ini kita seorang pejuang agama, mengapa mahu bersentimen dalam politik. Mengapa mahu melabel sesetengah pihak sebagai haluan kiri sedangkan kalau kita faham dasar Islam itu? Adakah kita lupa adakah kita ini memperjuangkan agama atau memperjuangkan parti. Mungkin akan terdapat berbeza pendapat dalam sesetengah perkara, akan tetapi itu tidak membezakan tuhan antara mereka dengan kita. Kita masih di bawah panji yang sama akan tetapi dalam kumpulan berlainan. Maka jangan jadikan khilaf itu sebagai suatu yang boleh memecahkan. Itu akan menjadikan kita seorang yang menjengkelkan.

Sebelum kita memperjuangkan sesuatu, kita harus faham mengapa dan atas dasar apa perjuangan itu diperjuangkan. Adakah atas dasar agama atau bangsa? Atau sekadar kepentingan diri dan kantung poket kita semata. Adakah hari ini perjuangan bangsa masih relevan kalau kita terpaksa korbankan keamanan yang kita miliki pada hari ini asalkan bangsa kita dapat maju sambil memijak timbunan bangsa lain? Adakah dengan bersentimen itu mampu membuat kita menjadi bersatu dan maju tapi sebenarnya bersentimen itu hanya menjadikan kita sebagai seorang bodoh tidak berlimu dan berfikiran dalam ruang lingkup sempit. Kita harus fikir semula, dan bertidak bijak kalau kita mahu maju dan terus ke hadapan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...