Monday, May 16, 2011

Menjadi Rakyat Yang Soleh

Sudah beberapa lama tidak menulis di sini akhirnya aku menulis jugak semula. Maaf kepada semua followers. Aku jadi malas kerana aku sangat rajin menulis di twitter. jadi segala lontaran dan buah fikiran akhirnya dibaca oleh followers di twitter sahaja.

Sepanjang tempoh tak menulis ni, terlalu banyak yang terjadi. Gula naiklah, minyak pon nak naik lagi, video seks, sumpah laknat, perang salib dan lain-lain perkara dan isu dalam negara yang aku rasa nak termuntah dan kadang-kadang aku jadikan bahan ketawa sahaja bila mana aku membacanya.

Aku sekarang sudah tidak boleh menonton berita di TV. Sudah tidak boleh membaca akhbar arus perdana. Aku sudah persetankan mereka itu semua. Aku sudah tidak sanggup mendengar pekhabaran fitnah dari mereka itu yang hanya mempunyai nafsu kuda dan mulut berbau longkang. Untuk apalah diperjuangkan bermatian dunia ini kalau sendiri sudah tahu mati lusa hanya akan digalang tanah sahaja.

Mahu saja dicarutkan mereka itu semua. Tapi itu tidak menjamin aku akan membeli gula dapat murah barang sepuluh sen dua. Mengapa mahu dicemari tugas dan tanggungjawab kita semua sebagai khalifah Allah? Mengapa bila mahu kuasa ke longkang jua dicampakkan Al-Quran itu? Mengapa mahu didengar dari mereka yang fasiq lagi munafiq? Mengapa masih lagi mahu berfikir dalam sudut positif kalaupun sudah tahu perbuatan itu dilakukan atas kepentingan sahaja. Sudah terlallu mengapa yang banyak buat aku runsing pening dan muntah.

Hidup ini tidaklah sesukar mana. Tidak kita didatangkan tanpa manual cara menggunakan hidup ini sebagai seorang hamba. Mengapa harus diturut akal dan nafsu untuk menjalaninya? Tidak cukupkah segala firman yang ditintakan kepada kita dari wakil langit yang mulia itu?

Berdiam mungkin lebih baik. Tapi berkata baik itu lebih dari baik. Biar sahaja mereka melaku seperti tuhan itu tuli dan buta. Biar mereka rebut harta dan kuasa dunia yang nanti mereka sendiri yang akan meninggalkannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...