Thursday, April 29, 2010

Tertipu dan Ke Neraka

Semalam terbaca komen-komen dalam satu entri di blog budakweb.com. Entri tersebut adalah mengenai salib bengkok dan perkaitannya dalam penyelewengan Kristian dan konspirasi penipuan terhadap berbilion pengikut agama Kristian dunia.

Maka bermatianlah pengikut Kristian ini mempertahankan kebenaran agama mereka. Mempertahankan konsep Trinity yang sebenarnya dicedok dari fahaman paganisme. Menyerang semula Islam dengan tuduhan terrorisme yang juga sebenarnya konspirasi menjatuhkan reputasi umat Islam yang masih tegar memegang agama Allah sebagai akidah dan syariat pada akhir zaman.

Terkadang aku sedikit lucu dengan mereka yang tidak tahu dan tertipu. Tapi dari sudut lain aku rasa sangat kasihan kerana mereka telah tertipu dengan konspirasi syaitan dan Dajjal laknatullah. Dan lebih kasihan lagi pabila mereka mempertahankannya. Mereka telah berfikir dengan acuan yang Yahudi telah aturkan. Mereka benar-benar tertipu. Na'uzubillah.

Dan bilamana The False Messiah Dajjal telah datang, maka aku pasti mereka tidak akan dapat membezakan yang mana satukah Isa a.s yang mereka nantikan. Dan aku pasti mereka tidak berupaya membaca tulisan Kaf Fa' Ra' yang terpahat di dahi Dajjal itu. Mereka akan memerangi Isa yang mereka tunggu selama ini. Dan kalau mereka mati sudah tentunya mati mereka itu dalam kekufuran dan sia-sia.

Sesungguhnya fitnah ini amat menakutkan. Fitnah ini amat menyesatkan. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang kegelapan kerana hanya dia yang lebih tahu akan sesuatu yang akan berlaku dan pasti berlaku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...