Monday, May 24, 2010

Emosi Yang Tidak Tenteram

Aku selalu mendengar cerita-cerita tentang emosi yang tidak tenteram. Dan aku masih lagi cuba menyelami atas sebab apakah tidak tenteramnya emosi itu. Adakaha kerana tipis sudah iman jiwanya, atau ada sesuatu yang selalu menggangu hati dan fikirannya. Atau mungkin juga dia sengaja berbuat perlakuan sedemikian kerana mahu meraih simpati atau glamouriti dari semua orang yang hampir dengannya.

Orang yang emosi tidak tenteram terkadang menjadi hiburan kepada aku. Hiburan kerana aku akan ada modal ketawa memperbodoh. Ketawa kerana melihat orang berlagak bodoh. Tertawa kerana orang boodoh. Seolah sudah menjadi hobi sejak dulu melihat orang bodoh memperbodoh diri sendiri.

Jangan lupa, bertindak bodoh itu menjatuhkan maruah. Bertindak bodoh itu meletakkan martabat rendah ke bawah. Dan bertindak bodoh itu menyebabkan kesalahan orang lain yang salah akhirnya memperlihat kesalahan dituding semula kepada kita yang sebenarnya betul.

Ada baiknya belajar sifat-sifat mahmudah dan mazmumah itu semula. Mengkaji semula kemazmumahan dalam diri yang harus dilempar ke Laut China Selatan. Jangan dilempar ke Laut Mati keran kelak akan timbul semula dan akhirnya terpalit semula ke kita dan sekali lagi kita akan menjadi orang B*D*H.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget