Secara amnya masih ramai yang agak kabur dalam menafsirkan atau menterjemahkan al-Masih dalam pemahaman kita pada hari ini. "Masih" adalah sebutan dalam bahasa Arab yang bermaksud 'lantikan secara spritual' atau dalam bahasa Inggeris desebut juga sebagai "Messiah" sebagai similar kapada perkataan "annointed." Konsep al-Masih ini juga dikatakan hanya ada dalam tiga agama Samawi yang terbesar di dunia ini iaitu Islam, Kristian dan Judiasme (Yahudi).
Dalam konsep al-Masih atau Messiah ini menjadi suatu erti kata yang lain. Ianya adalah kedatangan kedua nabi Isa a.s yang sebagai penyelamat (salvation) umat di akhir zaman sebelum berlakunya hari kiamat. Tidak ada nabi lain lagi yang dikaitkan dengan messiah ini dalam mana-mana tiga agama samawi yang disebutkan lagi.
Mengapa al-Masih menjadi sangat penting?
Dalam ketiga-tiga agama ini, al-Masih menjadi sangat penting sebagai bantuan terakhir manusia yang hidup dalam kegelapan dan fitnah di akhir zaman. Isa a.s sebagai suatu kuasa besar positif yang akan menentang kezaliman dan fitnah dan menyelamatkan manusia daripada kesesatan. Dalam pada itu Isa a.s juga mempunyai musuh ketat yang terbesar yang merupakan kuasa besar negatif yang dikenali Dajjal al-masih palsu. Dalam Kristian Dajjal ini dikenali juga sebagai Antichrist; The False Messiah.
Kedatangan Isa a.s akan didahului dengan kedatangan al-Mahdi seorang yang dilahirkan dari keturunan Muhammad s.a.w. sebagai persiapan memperkemaskan bala tentera Allah yang akan menentang tentera Kafir Dajjal laknatullah. Peperangan akhir itu akan berlaku dan Dajjal al- masih itu akan dibunuh Isa a.s dan Dajjal akan cair seperti garam di dalam air.
Kita masih tidak tahu, di tahap manakah kita di akhir zaman ini kerana tidak suatu apa pun kayu ukur yang boleh mengesahkan ketiga-tiga mereka ini. Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh Muhammad s.a.w. agar kita tidak tersesat. Semoga Allah memlihara kita semua dari fitnah Dajjal yang dilaknat.
1 comment:
al-atong?
Post a Comment