Untuk itu mari kita lihat ketiga-tiga versi sejarah tentang al-Masih menurut sumber yang ada. Iaitu dari sumber Islam dan Kristian dan perkaitannya dengan Horus.
Cerita Horus.
Horus adalah tuhan matahari Mesir Purba sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Horus dilahirkan pada 25 Disember oleh seorang wanita suci bernama Mary. Kelahirannya dikaitkan dengan bintang timur Sirius disambut dengan tiga raja yang menyanjunginya. Menjadi guru pada umur 12 tahun, dibaptiskan pada umur 30 menjadi "Anop" dan menyampaikan ajarannya.
Horus mempunyai 12 pengikut yang menjelajah bersamanya. Beliau mempunyai mukjizat menyembuhkan penyakit, berjalan atas air dan sebagainya. Digelar sebagai anak tuhan, "Lamb of God", "The Light" dan lain-lain lagi. Setelah dikhianati pengikutnya Horus telah disalib dan dibangkitkan semula selepas tiga hari.
Dalam sumber lain Horus juga dirujuk sebagai anak kepada Isis (bapanya) yang mati dibunuh dengan dikerat seluruh anggota badannya oleh abang kepada Horus iaitu Set. Ibunya pula Osiris dikatakan tuhan selepas kematian.
Horus kemudiannya dikatakan telah bertarung dengan abangnya Set yang telah menyebabkan Horus buta sebelah matanya dan bersatu dengan matahari dikenali sebagai Rah Horakhty. Dia juga telah dikenali sebagai tuhan matahari atau tuhan bermata satu dan juga simbol bermata satu itu digunakan sebagai simbol "all seeing eye".
Cerita Tentang Isa Al-Masih (versi Islam diambil dari sumber Al-Quran)
Mengikut al-Qur'an, keturunan Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran, berlanjut dengan tumbuh kembangnya dalam asuhan Zakaria, serta kelahiran Yahya. Kemudian Qur'an menceritakan keajaiban kelahiran Isa sebagai anak Maryam tanpa ayah.
- (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah) (Qur'an surat Ali Imran ayat 45).
Isa a.s mempunyai mukjizat yang besar seperti menghidupkan orang yang mati, berjalan di atas air dan membawa padanya bersama Kitab suci Injil. Di pengakhirannya Nabi Isa diburu oleh kaumnya yang hendak membunuhnya maka Allah telah menyerupakan wajah nabi Isa dengan Yahuza seorang yang menentangnya ketika itu. Isa a.s akhirnya diangkat ke langit oleh Allah dan Yahuza yang disangkakan Isa itu akhirnya mati disalib.
Allah telah menjanjikan bahawa Isa a.s akan didatangkan semula pada akhir zaman sebelum kiamat untuk menentang Dajjal yang membawa fitnah yang paling besar di akhir zaman.
Cerita Tentang Al-Masih (versi Kristian)
Secara asasnya cerita tentang nabi Isa dalam versi Kristian adalah hampir serupa dengan versi Islam. Akan tetapi dalam pengakhiran cerita apabila nabi Isa diburu oleh kaumnya beliau telah ditangkap dan disalib. Suatu kejaiban berlaku apabila Isa kemudiannya dibangkitkan semula setelah 3 hari dan baru kemudiannya diangkat ke langit dan bakal didatangkan semula pada hampirnya hari kiamat.
Apa pula perkaitannya Isa, Dajjal dan Horus? saya akan kupasnya lagi nanti. Teruskan bersama dan jangan berhenti mengkaji.
No comments:
Post a Comment