Selalunya bila sudah berada di tempat yang tinggi, kita akan terlupa yang kita mungkin suatu masa dulu pernah berada di bawah. Apatah lagi kalau kita sudah sememangnya berada tidak pernah berada di bawah, maka akan lagilah kita tidak pernah tahu bagaimana gamaknya berada dibawah dan akan sukar bagi kita untuk bangun semula mendepani cabaran-cabaran ketika berada di bawah.
Melihat sebuah kegagalan rasanya seperti menghadiri sebuah upacara pengkebumian seorang yang kita sayangi. Apatah lagi kalau sebenarnya kegagalan itu tampak jelas di mana langkah silapnya ia. Maka akan menjadi suatu pengajaran bagi mereka yang berada di sekeliling empunya diri yang gagal itu.
Kegagalan tidak harus diistilahkan sebagai gagal kerana ianya hanya sebagai suatu wasilah bagi sebuah kejayaan yang dituju. Kegagalan hanya menjadi tegar kalau kita tidak berjaya keluar dari kegagalan itu ataupun kita masih melakukan kesilapan yang sama walaupun sudah berkali-kali dan tahu salahnya itu. Dan kegagalan itu adalah merupakan suatu kejayaan bilamana kita belajar daripadanya.
Manakan ada suatu kejayaan dengan sebuah usaha secamca. Manakan pula ada kegagalan kalau sudah berkali kita belajar daripadanya. Kita adalah seorang yang gagal tegar kalau kita tidak mampu untuk bangun semula bilamana gagal dan kalah itu terkena kepada kita. Dan kita adalah sangat-sangat berjaya kalau kita berjaya keluar dari sebuah kegagalan ataupun kita mencuba suatu dan kita berani untuk gagal.
Anggaplah suatu kegagalan adalah kejayaan kalau kita menemui suatu resepi baru dalam hidup, dan jangan berpuas hati dengan kejayaan kalau kita tidak tahu bagaimana hendak mengekalkan kejuaraan itu.
No comments:
Post a Comment