Kita selalunya cenderung meletakkan sesuatu yang mahu dilakukan itu dengan mengira ukur kemampuan kita. Dan selalunya dengan berkira-kira kalau baju itu diukur pada badan sendiri akan secara tidak langsung meletakkan kita pada satu tahap tertentu dan kadangkala ianya hanya terhenti atau berhenti pada takat itu sahaja. Akan tetapi pada hakikat sebenar, kita lupa dengan berkeadaan seperti itu membuatkan kita akan tidak lebih maju ke hadapan dan menjadikan kemampuan kita itu hanya sekadar itu sahaja.
Semuanya hanya kerana perkiraan itu. Membuatkan kita melekat, statik dan tidak berganjak bilamana minda sudah mengatakan itu. Akan tetapi kita tidak sedar bahawa dengan kuasa menda kita juga boleh memecahkan tembok-tembok keluli itu hanya dengan memikirkan kaedah-kaedah dan jalan mana yang harus diambil dalam menyelesaikan suatu permasalahan.
Kalau kita hanya pandai menyediakan alasan, maka kita akan menjadi pengecut agung yang tidak mampu menyelesaikan masalah bahkan melarikan diri darinya. Dengan melangkaui batasan pemikiran maka kita akan mampu melakukan suatu yang sebenarnya mungkin tidak mampu itu melakukannya dan kita telah mecipta suatu hakikat baru bagi diri sendiri.
Bila mana ada kemahuan itu, pasti jalan-jalan sudah tersedia mungkin tidak di dalam nyata tapi bermain-main di minda. Kalau masih berfikir mencari alasan, lupakan saja hasrat mahu maju kerana suatu kejayaan tidak berpaksikan pada alasan tapi hanya jalan-jalan penyelesaian yang menjadi kiblat dalam mencapai kejayaan itu.
No comments:
Post a Comment