Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhon

Bila tiba bulan Ramadhan kali ni, aku rasa sikit kelainan. Kealainan yang tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Biasalah, bila ada perubahan dalam diri, maka akan terasalah kelainannya. Apatah lagi kalau ada perubahan juga berlaku di dalam rumah kita.

Sekarang tinggal aku berempat je kat umah tu. Mak, Abah, Adik dan aku. Yang lain dah mulakan hidup masing-masing dengan pasangan suami/isteri mereka. Alhamdulillah semua dah selamat. Walaupun rumah tu agak sunyi sikit tapi rasanya masih lagi berseri-seri dengan cahaya keimanan penghuni di dalamnya.

Aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan atau lebih tepat lagi Selamat Berpuasa. Kepada mereka-mereka yang tak cukup puasanya tahun lepas, berazamlah supaya anda dapat berpuasa penuh pada tahun ini. Suatu kerugian yang amat besar kalau meninggalkan puasa dengan sengaja dan tak bersebab yang syarie. Semoga Allah merahmati kalian semua. Salam Ramadhan dan salam kerahmatan.

1 comment:

Mat said...

Sebetulnya, selamat menyambut ramadhan. Sebab dalam bulan ramadhan, kita bukan sahaja berpuasa, tetapi byk ibadah lain.hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...