Saturday, November 1, 2008

Takdir dan Manusia

Pernah tak korang terfikir yang kadang-kadang kita ni selalu befikiran sempit mengenai sesuatu perkara yang tejadi ke atas diri kita. Tak kira sama ada ianya suatu perkara yang baik mahupon yang beruk. Dan kadang-kadang kite terlepas pandang bahwa setiap yang berlaku itu sesuatu yang dikehendaki oleh-Nya walaupun kita mempunyai kuasa dan kebolehan atas usaha sendiri jika ianya sesuatu yang kita mahukannya terjadi walaupun ada campurtangan dari kuasa yang maha esa. Dalam pada itu kita selalu tersekat, tertangguh ataupun terhenti dalam melakukan sesuatu dalam pada mana hendak membuat sesuatu pilihan yang hendak dibuat. Kerana dalam membuat pilihan mampu mengubah sesuatu takdir yang akan berllaku di masa depan..

Ada juga yang mempertikaikan adakah 1. Pilihan yang dibuat itu merupakan sebahagian dari perjalanan takdir ataupun 2. Pilihan yang dibuat itu merupakan kuasa mutlak penuh seorang manusia dalam memilih jalan takdirnya. Kalau merujuk kepada option pertama itu akan menunjukkan kita ini tidak bebas dalam memilih takdir kita yang bermaksud manusia ini hanya menjadi kepada pelakon opera pementasan dunia hingga ke hari kiamat. Dan dalam pada itu kita juga terfikir jika benar sebegitu apakah ertinya akal kepada manusia jika akal itu juga telah diprogramkan untuk kita memilih sesuatu pilihan itu dan segala proses yang dijalankan oleh akal adalah sebahagian daripada jalan takdir kita.

Kalau merujuk kepada option kedua, kuasa mutlak dalam membuat pilihan merupakan sepenuhnya milik manusia. Dan sekiranya kita percaya kepada fahaman ini, ianya akan membawa kesan kepada kita yang mana kita akan mempercayai bahawa takdir tuhan itu ada banyak..yang mana sekiranya kita membuat pilihan A maka akan jadi takdir A dan kalau kita buat pilihan B akan terjadi takdir B.

Sebenarnya apa yang hendak aku sebutkan ini adalah bahawa, kita sebenarnya tidak layak nak mencampuri urusan yang berkaitan dengan takdir ni. Kerana memang kita telah tahu bahawasanya segala yang berlaku merupakan dengan kehendak-Nya dan setiap sesuatu itu mmg pasti adalah milik-Nya. Kedua-dua perbahasan itu merupakan percanggahan antara penganut fahaman Qadariah, Jabariah dan lain-lain seperti Muktazilah dan sebagainya.

Aku selaku seorang yang berfahaman Sunni (Ahl Sunnah Wal Jamaah) mengakui bahawa setiap yang berlaku adalah dgn dua kudrat iaitu dengan kehendak Allah dan juga usaha dan pilihan manusia itu sendiri. Tak boleh nak dibahaskan lagi kerana aku masih belum layak dan lengkap ilmu hendak membicarakan tentang hal ini. Mohon segala silap dan salah yang diperbahaskan dalam entri kali ini diberi komen yang membina. Aku insan yang dhaif ilmu dan sentiasa berharap petunjuk dan redho darinya. Wallahualam.

1 comment:

Ahmad Saifuddin said...

LIm, bahaya bincang bab ni, sbb kita akan terjerumus sama ada ke arah qadariah atau muktazilah.

Secara ringkas utk faham secara falsafi, mengikut ibn rushd apa yg berlaku kepada manusia khususnya pilihan manusia. Ia adalah disebabkan asbab atau sebab-sebab yang berlaku disekelilingnya atau daripada pengalaman hidupnya.

Sebab-sebab ini menurut Ibn Rushd mempunyai dua jenis, iaitu sebab dalaman dan sebab luaran.

Sbg cth, katakanlah di rumah kita sudah kehabisan milo. Jadi, kita diberi pilihan, sama ada kita nk ganti dengan teh, ataupun pegi kedai beli milo. Jika sekiranya kita adalah jenis tkleh minum teh, maka kita tentu memilih utk pergi beli milo. Kenapa kita tkleh minum teh, mungkin sblm ini kita pernah mengalami pengalaman kurang baik dgn air teh. Knp boleh berlaku begitu, maka ia akan ada jawapan bg setiap persoalan itu. Itu dipanggil asbab.

Ringkasnya begitulah...

Ahmad Saifuddin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...