Bila dah lama tak menulis, rasa otak macam dah tumpul. Tumpul bukan tak boleh fikir, tapi sudah kering dengan kaedah bahasa. Agaknya memang sifat orang sebaya macam aku suka menjadi penentang. Menentang mungkin boleh menampakkan diri kita macam pejuang. Kadangkala menentang juga boleh menampakkan diri macam bodoh piang. Menentang juga tidak bermaksud kita tidak sayang terhadap suatu yang kita tentang. Bermaksud juga menentang itu juga menjadi sebahagian perkara yang menunjukkan kasih sayang.
Adakah cukup untuk kita menilai sebuah kebodohan hanya kerana suatu yang kita tidak setuju? Ataupun terus menanam kebencian terhadap sesuatu yang tidak kita suka. Adakah mungkin kalau kita berkias dan menyindir sudah menunjukkan kita sudah menjadi penentang dan kita sudah boleh dilabel sebagai penuding?
Menentang boleh menjadi suatu yang baik. Menentang juga sudah pasti bakal dilihat suatu yang buruk. Tidak bersetuju bukanlah bertujuan untuk menunjukkan rasa benci atau berniat menuding jari. Manakala berdiam membisu juga tidak menunjukkan kita mengalah dan kalah. Tidak juga bermaksud kalau berlantangan suara itu sudah menunjukkan kita sudah menang dan meraikan kemenangan sebagai pejuang.
Setiap yang manusia lakukan, sedikit sebanyak adalah untuk menjadikan suatu yang lebih baik. Mungkin kebaikan itu bukan terlihat untuk orang lain. Dan mungkin juga kebaikan itu bersifat individual dan tidak kolektif. Ada juga kadangkala, untuk mendapat satu kebaikan, manusia terpaksa melakukan 1000 keburukan. Namun begitu, matlamat tak pernah menghalalkan cara.
Tidak ada apa yg lebih penting bagi seorang manusia selain mencari sesuatu yang lebih baik untuk dirinya dan orang-orang yang dalam radius terdekat dirinya. Dalam pada itu makanya banyaklah yang dilakukan. Dan kadangkala dia juga terpaksa menentang dan menjadi penentang.
No comments:
Post a Comment