Kita belum tentu akan terus pandai bilamana kita cuba melakukan sesuatu. Tidak juga kita akan menjadi suatu pengalaman kalau tidak berlaku seuatu itu sebagai kali pertama. Dan kesilapan-kesilapan memang berlaku bila adanya kali pertama. Kali pertama itu menjadi suatu titik tolak kepada kita akan menjadi pakar akan sesuatu yang kita bakal usahakan.
Ramai orang sangat takut kepada kali pertama. Kali pertama akan menjanjikan seribu satu perasaan kepada seseorang bergantung kepada sebesar mana perkara itu terhadap diri seseorang. Suatu yang menjadi masalah adalah bilamana kita takut untuk berkali pertama. Terlalu takut sehingga tidak berani memulakannya. Dan akhirnya kita ketinggalan dan kerugian akan sesuatu yang berfaedah jika tidak berani bermula untuk kali pertama.
Orang yang gagal memang suka beralasan buat kali pertama. Orang yang hebat berani mencuba untuk sesuatu yang kali pertama. Manakala orang terdesak akan terpaksa melakukan sesuatu buat kali pertama.
Jangan lupa, kali pertama akan menunjukkan di mana bakat kita akan sesuatu. Kali pertama juga akan membuatkan kita berpengalaman terhadap suatu yang baru. Kali pertama juga akan memperlihatkan kesilapan kita yang mungkin kita tidak akan ulang lagi bilamana sudah arif bila melakukan sesuatu itu.
Kita hanya perlu memecahkan tembok besar kali pertama itu sahaja kalau kita mahu maju ke hadapan. Kita mungkin tidak akan takut lagi bilamana suatu uyang dilakukan itu tidak lagi menjadi kali pertama. Kalau mahu jadi hebat, kita harus menjadi seorang yang selalu melakukan perkara baru dan selalu mencuba sesuatu buat kali pertama.
No comments:
Post a Comment