Sunday, February 21, 2010

Kita Yang Teraniaya

Ramai yang masih belum bangun dan banyak yang masih lena. Bukan kerana mereka tidak mahu bangun atau mereka tidak mahu bangkit, tapi kerana mereka terlena kerana kerana sejak dari lahir lagi mereka telah dibius dengan ubat-ubat yang mereka sendiri pun tidak tahu yang mereka telah terbius oleh ubat-ubat tersebut.

Kita sudah lama terbius dan terlena oleh sistem itu. Dan sistem itu jugalah yang telah menyebabkan kita terlupa atau sebenarnya tidak tahu siapa diri kita atau atas tujuan apakah kita dihantar ke sini. Sesungguhnya mereka tidak pernah lupa akan permusuhan itu malahan kita sudah hampir kalah pada kala ini.

Maka siapakah yang akan mengejutkan kita dari lena panjang ini. Siapa pula akan membawa kita kepada halatuju yang sebenarnya jalan kita? Adakah suatu masa nanti kita akan mengikut seorang penyelamat sebenar? Atau kita akan masuk ke dalam api besar itu kerana terpedaya oleh penyelamat palsu kita yang memang sudah lama mengisytiharkan permusuhan itu sejak dari mula lagi?

Kita sangat malang kerana hidup dalam sistem ini. Tapi kita sangat bertuah kerana rahmat seluruh alam itu yang bakal menjadikan kita umat yang terbaik selain dari umat yang sebelumnya itu.

Aku akan menantikan kedatangan terakhir ini. Menantikan sambil mempersiapkan diri untuk peperangan yang terakhir ini. Sambil mengejutkan saudara-saudaraku yang masih dalam lena panjang itu, agar mereka tidak terpedaya dengan penyelamat palsu yang bermata satu itu.

1 comment:

johnlabu said...

ko membius ku....dgn cintaaa....cinta yg malu...ku katakannnn....lalalalala

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...