Tuesday, June 23, 2009

Kepercayaan Akan Suatu Kebenaran

Tidak semestinya tanggapan kita terhadap seseorang yang kita kenal itu, orang lain juga mempunyai tanggapan yang sama seperti apa yang kita tanggap terhadapnya. Dan apabila kita mengingati seseorang itu, memori itu juga tidak akan sama sepertimana kita punya memori terhadapnya. Dalam ertikata lain, kita hanya melihat apa yang ingin kita lihat dan kita hanya akan percaya apa yang kita ingin percaya.

"People see what they want to see, and believe what they want to believe."

Sekaligus dalam falsafah percaya mempercayai sekali lagi jatuh dalam hukum subjektif. Sesuatu yang dilihat serta dinilai dalam konteks berbeza mengikut suatu dimensi yang berlainan berdasarkan apa yang seseorang itu pernah lalui dan dari latar belakang dan didikan bagaimana yang mereka ikuti. Hanya kebenaran menjadi ukuran akan sesuatu kepercayaan akan sesuatu. Dan adakalanya kebenaran itu ternafi oleh kebatilan hanya kerana perbezaan kepercayaan manusia akan sesuatu yang mereka ingin percaya atau tidak.

Dalam pada itu, apabila kita meletakkan suatu tanggapan terhadap sesuatu dan juga seseorang, kadang-kadang pembohongan itu sudah jadi suatu yang boleh diambil kesempatan darinya. Akhirnya kesilapan yang bersifat teknikal juga boleh diabaikan hanya kerana mempercayai suatu yang ingin kita percaya, walaupun pada hakikatnya sudah terdapat pembohongan di situ dan kita tertipu oleh suatu muslihat yang dibuat oleh seseorang yang membuatkan kita percaya.

Jika kita tidak punya kunci akan sesuatu, maka kita akan tertipu oleh pintu-pintu palsu yang dibukakan luas kepada kita. Kerana bila minda kita ditipu pada awalnya, ia akan tertipu hingga seterusnya sehingga kunci itu diserahkan kepada kita. Mengapa tidak mencari kunci sendiri, memasuki pintu kebenaran daripada terus menerus melihat pintu besar kepalsuan yang merupakan suatu ilusi yang tidak berfadeah semata-mata?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget