Bila kita maju setapak, ada baiknya jangan kita menoleh lagi kebelakang hanya kerana mahu melihat mereka-mereka yang pernah bersama kita dahulu sudah sampai di mana. Ini kerna ianya boleh menyebabkan kita kurang termotivasi bila melihat mereka itu tidak ke mana-mana. Lagi kita akan terus mentertawa hanya kerana mungkin hari ini kita telah tidak lagi berkawan atau bersahabat dengan mereka tidak seperti dulu.
Hidup ini bukan seperti itu. Kadang-kadang suatu yang buruk harus dilupakan begitu sahaja. Suatu yang buruk berlaku pada orang lain harus dilihat sebagai pengajaran pada diri kita sendiri. Jangan mengharap suatu yang buruk kepada seseorang yang kita tidak suka. Rezeki tuhan itu masih ada pada setiap yang hidup di muka bumi ini. Dan tatkala rezeki itu habis bahagiannya untuk seseorang, maka akan sampailah ajalnya itu.
Selalunya mengakui salah itulah yang paling berat kepada seseorang. Apatah lagi kepada seseorang yang kenal rapat kepada kita. Mengucap maaf sudah menjadi suatu yang terlalu berat kepada kita. Dan akhirnya suatu hubungan baik sudah keruh jadinya.
Teruslah memandang ke hadapan untuk terus maju. Toleh sekali sekala kebelakang untuk menilai kesilapan yang terdahulu. Tapi jangan pula berhenti untuk menoleh kerana itu akan membantutkan kita untuk terus maju.
No comments:
Post a Comment