Wednesday, December 24, 2008

Dicipta Olehnya

Entri hari ni adalah adaptasi dari sebuah lagu yang aku sgt suka dari Ungu - Tercipta Untukku. Tapi lagi tu hanya mengisahkan satu jodoh yang telah confirm menjadi milik seseorang. Apa yang aku nak kongsikan adalah resmi kita sebagai hamba yang dicipta olehnya yang akhirnya menjadi milik sementara jodoh seseorang.

Mungkin agak pelik bunyinya, akan tetapi ianya adalah lumrah dalam kehidupan seharian. Kita sebenarnya sangat jahil tentang beberapa perkara yang sangat rumit dan selalunya tiada jawapan khusus. Jahil yang dimaksudkan bukan bermaksud bodoh...akan tetapi bermaksud sangat tidak tahu. Perkara-perkara tersebut hanya mampu diusahakan tapi tidak ada jawapan awal yang mungkin kita akan ketahui pada awal usaha kita. Ianya adalah REZEKI, JODOH dan AJAL. Mungkin ada beberapa perkara lain lagi. Tapi aku lebih berminat nak membincangkan tiga perkara ini sahaja.

Pagi tadi setibanya aku kat kawasan bangunan opis aku, kelihatan orang ramai ada kat tepi jalan depan simpang nak masuk opis tu. Rupanya ada kemalangan. Dari jauh aku lihat dah ada bungkusan plastik hitam yang menutup mayat. Ah..sudah, belum penah lagi ada kes mati kat jalan ni. Ni la yang kali pertama. Lepas parking keta aku terus pergi kat crowd tu. Kelihatan beberpa orang yang aku kenal sugul dan bersedih. Aku dapat rasakan si mati adalah seorang yang aku kenal.

AKU: Dila!...saper?

DILA:Budak MHI (Melaka Hari Ini). Yang antar suratkhabar tu.

Dila kelihatan sugul. Dia kenalan rapat si mati. Aku pergi lagi dekat kat Dila..

DILA: Baru tadi je bang saya nampak dia kuar dari opis...dah meninggal dah.

Hidup ni mmg tak seperti kita jangka...Ajal tu boleh datang bila2 di mana sahaja. Macam yang aku cakap tadi dan memang kita sedia maklum ianya suatu yang kita sangat tidak tahu...sesuatau yang kita hampir tak boleh nak usahakan...

Rezeki pun mcm tu...cuma bezanya ianya suatu yang kita boleh usahakan dan kita mampu untuk membuat piliah di jalan mana rezeki kita datang. Tapi ianya masih dalam percaturan tuhan. Kalau tuhan tak mahu rezeki kita di jalan itu, maka susahlah kita di jalan itu yang akhirnya kita mungkin beralih arah dalam mencari rezeki di jalan itu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan pelik kalau lulusan undang2 menjadi penyanyi, atau lulusan ekonomi menjadi guru bahasa. Kita hanya mampu berusaha. Jalan ceritanya adalah kita, tapi destinasinya adalah dari tuhan.

Jodoh? Suatu yang sangat fleksibel dan complicated. Kita selalu berfikir dan membuat pilihan adakah seseorang itu adalah yang terbaik untuk kita mahupun yang sebaliknya....jangan kita selalu membuat spekulasi pada jodoh yang tak panjang kerana setiap yang terjadi itu ada hikmahnya dan mungkin jalan yang terbaik bagi seseorang itu adalah di jalan itu. Buatlah pilihan dengan bertawakkal dan memohon petunjuk darinya....Kita dicipta oleh-Nya dan si dia yang kita pilih itu tercipta untuk kita dan begitu juga sebaliknya. Munkin hari ni dia yang terbaik tapi mungkin tidak esok...beristikharahlah...semoga pilihan anda tepat dan berkekalan hendaknya...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...