Thursday, October 13, 2011

Sejarah Yang Digelapkan

Sebenarnya, dalam memahami situasi sebenar sejarah, ianya adalah amat sukar dan sangat subjektif berdasarkan perspektif pelbagai pihak yang melihatnya apatah lagi pihak yang mencatatnya. Kemudiannya diceritakan kepada generasi seterusnya.

Maka yang demikian ianya akan menjadi percanggahan bila mana pada suatu hari di kemudian hari mendakwa sebenarnya pada hari itu terjadi begini dan begini. Didatangkan pula dengan bukti sekian dan sekian. Kita yang sudah biasa dengan dengan sejarah yang sudah diberitahu dahulu mungkin sukar menerimanya. Apatah lagi jikalau pihak yang membuka cerita itu merupakan pihak yang pernah dicap sebagai berhaluan kiri dan tidak searus dengan fahaman kita. Tapi, adakah penceritaan itu tidak benar? Adakah mereka itu bukan wira sedangkan memperjuangkan yang sama tapi dari haluan berbeza? Ataupun sebenarnya kita telah dibohongi oleh sejarah yang digelapkan.



Ini adalah kisah sejarah kemerdekaan Malaysia yang dilihat dari sudut politikus yang dilabel haluan kiri oleh penjajah suatu masa dahulu.Haluan kiri itu dilabel hanya kerana mereka tidak mahu seiring dengan British lalu ditangkap, dipenjara malah ada yang dibuang negeri. Akan tetapi di sebelah satu lagi pihak diangkat sebagai pejuang kemerdekaan kerana tunduk kepada British dan berjaya memerdekakan Malaya dengan telunjuk British. Adakah hari ini kita benar-benar merdeka atau sebenarnya hanya sekadar retorik tapi hakikatnya masih sama cuma kini penjajah itu sudah bertukar warna kulit. Ya, kulit yang sama warna dengan kita, sebangsa dengan kita dan bercakap dalam bahasa kita.

Aku tidak kata yang anda semua harus percaya cerita ini 100%. Tapi seperti biasa dalam tulisan aku di sini, aku akan melihat dari pelbagai sudut walaupun dari sudut yang aku tidak berpihak. Ini adalah kerana untuk memahami dengan lebih jelas akan situasi dan memahami sebab ia berlaku. Ya, seperti biasa kebenaran itu selalunya sangat pahit ditelan apatah lagi kalau selama ini yang kita percaya berpuluh tahun hanya satu penipuan. Anda bijak, anda nilai sendiri.

Sumber video : 10 Tahun Sebelum Merdeka

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...