Satu masa dulu aku adalah seorang penuntut di Nilam Puri. Nilam Puri adalah sangat terkenal di kalangan penuntut pengajian Islam di Malaysia. Dah ramai ilmuan dan para ulama' telah lahir di sini. Dahulu Nilam Puri dikenali sebagai Yayasan Pendidikan Tinggi Islam Kelantan yang dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan. Namun ianya telah diambil alih oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sebagai kampus cawangan.
Tahukah anda penyamyi terkenal Yasin yang pernah memenangi Juara Lagu sekitar tahun 2001 - 2002 (entah aku tak ingat) adalah seorang bekas pelajar dari UM Nilam Puri? Ya, beliau adalah seorang ustaz dan sememangnya merupakan seoraang yang sangat mahir dalam Bahasa Arab. Aku dengar bapa beliau ni adalah seorang pakar dalam bidang tasauf di Malaysia dan mereka sekeluarga pernah tinggal di Mekah untuk beberapa tahun sejak dari Yasin masih kecil. Atas dasar itu maka tidak hairanlah kalau Yasin sangat fasih berbahasa Arab dan mahir berbanding rakan yang lain di Nilam Puri. Aku juga dengar beliau juga menjadi kesayangan para ustaz dan pensyarah di Nilam Puri kerana selalu menjadi rujukan dalam permasalahan bahasa Arab.
Aku masih ingat pada pagi berikutnya setelah Yasin menang juara lagu di kelas Pengatar Usuluddin kelolaan Dr. Johari Mat. "Semalam enta semua tengok Juara Lagu? Yasin menang kan?" Kelas aku tu terpinga sebentar sebab terkejut apasal pulak pensyarah pakar dalam ajaran sesat ni boleh tengok rancangan lagha ni pulak. "Yasin tu anak murid ana dulu tu." sambung beliau ringkas. Oh, itu rupanya sebenarnya point beliau. Beliau kemudiannya memetik beberapa lirik lagu Mimpi Laila yang menjadi bahan topik subjek pengantar usuluddin itu untuk dihayati kerana mempunyai maksud yang mendalam. minggu tersebut adalah minggu Yasin. Pensyarah dan student semua cerita pasal Yasin. bukan sebab beliau menang, tapi baru tahu dia seorang bekas pelajar Nilam Puri.
Yasin memang seorang yang hebat menyampaikan dakwah dan tazkirah melalui lagu sedemikian. Selang beberapa bulan aku pulang bercuti di kampung. Kebetulan ada satu majlis di masjid negeri yang aku tak ingat tentang sambutan apa. Pada masa tu seingat aku konsert nasyid ni akan jadi acara wajib dalam apa apa sambutan keagamaan dalam mengisi acara sepanjang minggu program. Biasanya kumpulan nasyid yang dipanggil adalah Rabbani. Tapi pada kali itu ada kelainan. Rabbani dijemput, dan Yasin juga ada. Aku sedikit teruja bila tengok live Yasin buat persembahan.
Selepas beliau turun dan pergi ke belakang pentas, dengan sengaja aku dah tunggu di belakang pentas. Aku sendiri tak tahu kenapa aku terlalu nekad hari itu. Lalu ketika Yasin turun dan lalu depan aku, aku pon mengambil peluang bersalam dengan beliau. Sambil bersalam aku berkata pada beliau "Bang, ustaz-ustaz di Nilam Puri semua kirim salam kat abang." Beliau hanya tersenyum dan menjawab Waalaikumussalam lalu berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment