Friday, February 4, 2011

Negatif Positif Halal Haram Sah Tak Sah

Dah lama tak menulis untuk mengasah minda dan membelasah kepala otak yang sebenarya hebat. Masih terdapat lagi sekumpulan Melayu yang kurang cerdik atau dalam erti kata lain bodoh dalam menilai sesuatu yang kita katakan sebagai perkara positif dan negatif, halal dan haram serta sah dan tidak sah (legal and illegal).

Sepertimana biasa entri ini aku tidak akan pinpoint kepada sesiapa. Tapi bak kata Melayu juga siapa yang makan cili dia akan berasa pedas. Dalam kita mengusahakan sesuatu yang kita panggil mencari rezeki sudah tentu ada perkara-perkara yang aku sebut seperti di tajuk. Dalam pada itu sekiranya kita melakukan sesuatu yang nampaknya sudah mula akan membuahkan hasil, maka kita akan rasa sayang untuk meninggalkannya dan kalaupun baru kita tahu usaha itu sebenarnya adalah suatu yang haram diusahakan. Maka berkeraslah kita untuk mempertahankan suatu yang sedia batil mencari jalan agar boleh dihalalkan dengan jalan harus atau sekalipun sekadar syubhah.

Kita tidak akan cenderung mengkajinya dengan hati yang liberal, dan berlandaskan hukum syariah. Tapi kita hanya akan mencari jalan supaya boleh dihalalkan ianya itu meskipun akhirnya kita membuka sendiri pekung di dada dan memperlihatkan segala keboodohan yang kita miliki setelah sekian lama tiada orang pon yang mengetahui akan kebodohan kita itu.

Mengapa harus dicampuradukkan segala macam halal haram, sah dan tidak sah itu. Dua perkara yang berbeza. Sah dan tidak sah itu juga dua perkara berbeza jika dipandang dari sudut syariat dan perundangan negara. Bila membicarakan suatu isu, sesetengah pihak tidak faham adakah skop perbincangan haram dan halal itu diperbincangkan dari sudut perundangan negara atau dari sudut syariat. Sebagai contoh, pengeluaran lesen premis judi seperti Magnum dan Toto. Adakah ianya tidak sah? Tapi adakah pula ianya tidak haram?

Masih ada lagi yang bodoh menilai. Dari segi perundangan negara ianya memang sah. Tapi dari segi perundangan syariat ianya tetap haram. Tidak bermaksud bila kita menjadi negara Islam yang diiktiraf maka segalam macam perkara yang dibolehkan dan dibenarkan dalam negara adalah sah di sisi Islam. Aku tahu mungkin ini adalah suatu isu bodoh yang mungkin tak perlu dibincangkan, tapi jangan lupa masih ada ramai Melayu bahalol di luar sana tak tahu membezakan halal haram agama dan juga perundangan negara.

Inilah yang dikatakan jahil akhir zaman. Kita berdebat dengan si bodoh bahalol seperti ayam yang bercakap dengan itik. Maka kalau dilayann kita turut menyertai kelab kebahalolan mereka itu. Carilah ilmu di mana jua. Dalami ilmu walau ianya tidak memberi kita seberapa. Kalau masih diteruskan kebahalolan itu, jangan disalahkan sesiapa, kerna kalau memang sudah dipilih jalan sebegitu.

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...