Kita tidak datang ke sini untuk membuat pilihan kerana kita telahpun membuat pilihan itu. Kita hanya datang ke sini hanya kerana untuk memahami kenapa kita membuat pilihan itu.
Sunday, January 30, 2011
Kerajaan Pusat VS Kerajaan BN
Dulu masa aku belajar kenegaraan kat universiti dulu, aku tak pernah pulak diajar mengenai kerajaan UMNO ke, kerajaan BN ker, kerajaan pembangkang ker, kerajaan PAS dan lain lain lagi kerajaan berparti. Yang aku tahu disebut dalam buku kenegaraan tu hanyalah mengenai kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Aku juga naik hairan kenapa ada semacam double standard dalam memberi hak rakyat dalam Malaysia ni. Setahu aku, sesiapa saja rakyat di Malaysia yang berkelayakan boleh menjadi kakitangan kerajaan. Dalam erti kata lain tanpa mengira parti atau agama seseorang itu boleh berkhidmat dalam perkhidmatan awam kalau dia layak tanpa ada sebarang unsur diskriminasi. Kenapa sekarang ada isu orang PAS tidak boleh bekerja dalam kerajaan BN.
Mengapa ada isu mengungkit dan kufur nikmat bila ada calon pembangkang itu merupakan seorang kakitangan awam. Apa Malaysia kini sudah jadi diktator kah..WTF. Percayalah...tindakan sebegini akan lebih menambahkan kebencian rakyat kepada BN. Jangan sampai ada revolusi pula nanti macam berlaku di Mesir dan Tunisia. Kepimpinan negara adalah amanah rakyat. Amanah rakyat maka rakyat akan tentukan siapa pipmpinan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bagus gak kalu ade revolusi kt sini..
Time tu br la ble tgk Bik Mama lari lintang pukang ke London..
haha..
Post a Comment