Kita tidak datang ke sini untuk membuat pilihan kerana kita telahpun membuat pilihan itu. Kita hanya datang ke sini hanya kerana untuk memahami kenapa kita membuat pilihan itu.
Sunday, January 30, 2011
Kerajaan Pusat VS Kerajaan BN
Dulu masa aku belajar kenegaraan kat universiti dulu, aku tak pernah pulak diajar mengenai kerajaan UMNO ke, kerajaan BN ker, kerajaan pembangkang ker, kerajaan PAS dan lain lain lagi kerajaan berparti. Yang aku tahu disebut dalam buku kenegaraan tu hanyalah mengenai kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Aku juga naik hairan kenapa ada semacam double standard dalam memberi hak rakyat dalam Malaysia ni. Setahu aku, sesiapa saja rakyat di Malaysia yang berkelayakan boleh menjadi kakitangan kerajaan. Dalam erti kata lain tanpa mengira parti atau agama seseorang itu boleh berkhidmat dalam perkhidmatan awam kalau dia layak tanpa ada sebarang unsur diskriminasi. Kenapa sekarang ada isu orang PAS tidak boleh bekerja dalam kerajaan BN.
Mengapa ada isu mengungkit dan kufur nikmat bila ada calon pembangkang itu merupakan seorang kakitangan awam. Apa Malaysia kini sudah jadi diktator kah..WTF. Percayalah...tindakan sebegini akan lebih menambahkan kebencian rakyat kepada BN. Jangan sampai ada revolusi pula nanti macam berlaku di Mesir dan Tunisia. Kepimpinan negara adalah amanah rakyat. Amanah rakyat maka rakyat akan tentukan siapa pipmpinan mereka.
Thursday, January 27, 2011
iBand - Musicians Era Digital
Selalunya kita mendengar orang bermain muzik dengan menggunakan barang-barang terpakai untuk dijadikan alat muzik. Tapi pada era kini, terlah terdapat satu kumpulan muzik yang dikenali sebagai i-Band yang bermain muzik dengan menggunakan i-Phone dan i-Pad. Sangat mengujakan.
Sunday, January 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)