Saturday, December 5, 2009

Jalankan atau Alasankan?

Bila suatu kesukaran datang, maka sudah tentunya kita punyai pilihan sama ada harus diusahakan sesuatu itu atau cari peluang dan ruang untuk mengelakkannya dan memberi sebab dan alasan agar tidak perlu dilakukan sesuatu itu. Adakah dengan mengalasankan sesuatu itu akan membolehkan kita keluar dari kesukaran atau sebenarnya kita sekadar membuang masa dan akhirnya kesukaran yang ditakuti itu akan dilakukan juga walaupun sesudah sudah sebilang masa telah terbuang dengan begitu sahaja?

Kadang-kadang dengan memberi alasan membuat kita jauh ke belakang kerana orang yang berjaya selalu mencari jalan dan orang gagal sentiasa mencari alasan. Sesukar manalah sesuatu itu sampai ia tidak boleh diusahakan. Seberat manalah suatu itu sehingga ianya harus ditinggalkan. Ini kerana semuanya kembali kepada suatu yang satu iatu menyudahkan suatu tanggungjawab itu atau memberi alternatif lain yang sememangnya pada hakikatnya tidak boleh diterima.

Memang benar, punca utama kegagalan adalah kerana alasan. Walau sesukar manapun ia, haruslah dikerjakan dan diusahakan. Berhentilah menuding jari kalau ia hanya ingin megelakkan diri dari kebertanggungjawaban terhadap sesuatu. Kalau hari ini kita masih berada di takuk lama kerana alasan-alasan itu, maka jangan dituding jari itu kerana memang pada asalnya memang kita yang telah melakukan kesilapan itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...