Tuesday, December 18, 2012

Kisah Orang Yang Tidak Solat

Kisah ini berlaku di zaman Nabi Musa. Saya masih belum mendapatkan kepastian sumber dari kisah ini sama ada diceritakan oleh Rasulullah S.A.W atau ianya dari cerita Israiliyat. Namun ianya sebuah kisah yang amat baik untuk dikongsi.

Seorang lelaki di zaman Nabi Musa telah melakukan suatu nazar. Sekiranya beliau mendapat anak maka beliau akan melaksanakan suatu nazar yang pelik. Nazarnya itu adalah untuk meminum air kencing anjing hitam. Dengan takdir Allah setelah lama menunggu Allah telah memakbulkan doanya. Pada zaman Nabi Musa, syariatnya ketika itu sekiranya bernazar, hendaklah dilaksanakan nazar tersebut walaupun dengan nazar itu membayarnya dengan melakukan perkara yang haram. 

Lelaki ini akhirnya telah risau dengan nazarnya sendiri. Bermakna beliau mesti meminum air kencing dari anjing hitam. Maka bertemulah beliau kepada Nabi Musa a.s. Nabi Musa berkata, "Kamu usah khuatir." Nabi Musa terus membawanya ke sebuah rumah. Lalu menyuruh lelaki tersebut untuk menadah air hujan yang turun melalui bumbung rumah tersebut. Lelaki itu seraya berkata, "Apakah maksud semua ini wahai Musa?" Nabi Musa menjawab, "Sesungguhnya orang di dalam rumah ini adalah tidak mendirikan solat. Oleh yang demikian, air yang turun dari bumbung rumahnya ini adalah lebih hina daripada kamu meminum air kencing anjing hitam seperti yang kamu nazarkan itu."

Begitulah kisahnya tentang hinanya orang yang tidak melakukan solat. Apa yang membezakan orang Islam (orang beriman) dengan orang yang kafir, adalah solatnya. Sekiranya kita tidak solat, kita tampaknya sudah sama seperti mereka yang kufur kepada Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...