Monday, October 12, 2009

Salah Fahaman Yang Disalaherti

Dalam pada kita cuba memahami sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran kita, selalunya kita akan melakukan kesilapan dalam menilai akan sesuatu. Oleh yang demikian akan menyebabkan perkara itu menjadi suatu yang boleh menjadi fitnah atau sedikit gurisan kepada orang lain.

Aku teringat kisah Rasullullah ketika menyampaikan ajaran di Thaif yang mana baginda telah dilemparkan batu sehingga berkocak darah bertakung dalam sepatu yang dipakai baginda. Lalu Jibrail menawarkan mahu dimusnahkan sahaja kaum tersebut. Baginda hanya bersabda "Innahum Laa Ya'lamuun." Sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui.

Oleh itu gurisan-gurisan yang tercalar pada hati itu sudah semestinya terubat sendiri apabila mengambil kira kurangnya pengetahuan seseorang itu akan sesuatu. Bagi yang tidak faham pula haruslah cuba tidak dinegatifkan kalaupun mereka itu memahami sedikit sahaja atau langsung tidak memahami akan sesuatu itu.

Menjadi suatu yang sangat subjektif dalam memahami akan sesuatu. Memungkinkan suatu yang sangat memerlukan pemikiran yang sangat positif. Ingat suatu falsafah popular, "Don't judge the book from its cover."

Monday, September 28, 2009

Kesalahan Yang Tak Tertebuskan

Suatu hari di hari raya bilamana sepasang ibubapa yang menanti yang belum pasti pulang. Dan kepulangan itu masih lagi dinanti dan mungkin sudah tidak lagi menjadi suatu harapan kalau mana ia tidak mahu diharapkan lagi. Memang benar kadang-kadang salah percaturan itu menjadi kesilapan yang besar bagi seseorang. Apatah lagi kalau ianya tidak mendapat kemaafan oleh seorang yang sepatutnya tidak perlu dipinta maaf darinya kerana kemuliaan si pesalah itu. Memang benar kalaupun salah itu menjadi pemberi kesan kepada seluruh hidupnya dan juga semua saudaranya. Tapi bukankah masih ada hikmah disana kalau diambil positif darinya. Sekali lagi ketebalan ego menjadi sebuah nilai dalam memberi dan menerima sebuah kemaafan yang besar untuk suatu kesalahan.

"Jangan berani menuai kalau tidak berani hendak menanam." Yang sangat megguris oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya kalau sudah duduk di tempat mulia itu. Kalau hidup masa depan ini dianggap suatu nilai yang sangat dipentingkan oleh seorang yang punya tanggungjawab untuk memuliakan mereka di tempat yang mulia, apakah salah itu sudah menjadi suatu yang tidak harus dimaafkan? Haruskah ungkapan maaf itu diucapkan oleh si mulia itu walaupun kesilapan itu pada asalnya hanya mahu menyelamatkan keadaan ketika kecilnya ia? Dan tidak pula ia tahu atau sebenarnya dia yang terkepompong pada ketika itu sehingga ia menjadi sangat tidak faham akan lumrah dunia ini. Atau pun sebenarnya dia tidak menyangka tindakan itu akhirnya mejadi sebuah permusuhan yang tidak sepatutnya bagi sebuah pertalian?

Kamu masih beruntung kerana hari ini kau sudah berada di situ. Sedangkan saudaramu yang lain itu masih di sini. Bertanyakan kalau adarezeki di sana sini. Sekali lagi ilmu itu menjadi ukuran bagi seseorang yang mahu keduanya. Di sini mahupun di sana sejahteranya. Hati saudara itu tidak tahu apa isinya. harapan tingginya itu tidak tahu entah ke mana. Kalau tak punya ilmu, kemana hendak perginya mereka.

Aku teremosi, sebak sendiri, dan kalau mahu ditolong, di celah mana harus dihulur.

Friday, September 18, 2009

Ada Apa Dengan Raya

Akhirnya raya itu datang lagi. Datang dengan segala ribu kerahmatan dan kemenangan mukmin yang menjalani puasanya dengan sungguh puasa sekali. Dan apakah ertinya raya jikalau puasa itu tidak menjadi suatu medan yang baik dalam memperbaiki hati nurani insan yang mengakui dirinya sebagai Muslim meskipun tidak lagi sampai ke taraf Mukmin.

Berbaloikah raya disambut dengan berbelanja lebih daripada biasa? Atau bermaknakah penghayatan terhadap mereka yang tidak berkemampuan sekiranya raya itu sudah kelihatannya suatu pembaziran yang nyata lagi jelas?

Cukuplah bersahaja dan bersediakala kalau raya itu sekadar seadanya. Dan tak perlulah sehingga menjerut diri di musim ini kalau kemampuan itu tidak sampai ke situ. Dan terkadang Tuhan itu sudah menjadi perkara yang kedua bilamana raya itu kelihatannya sudah seperti lupa daratan. Suatu kesimpulannya akhirnya dapat dibuat yang kita sebenarnya tidak tahu apa halatujunya raya ini dan untuk apakah ia diadakan.

Kembalilah....Syukurlah...dan Ikhlaskan hati. Semoga dengan apa yang disambut pada hari ini bakal mendapat kerahmatan darinya.

Salam AidulFitri. Ampun Maaf dipinta. Selamat Hari Raya

Wednesday, September 16, 2009

M Nasir - Yang Bertakhta Akhirnya


Yang Bertakhta Akhirnya - M. Nasir


Kita Tak Lagi Sehaluan
Bukan Sebagai Yang Diimpikan
Rupanya Di Saat-saat Yang Genting Ini
Terjawab Jua Persoalan

dan Kita Terpaksa Memilih
Jalan Yang Telah Ditentukan
dan Kita Sama-sama Dewasa Menghadapinya

Kesan Cinta Membakar
Menghempas
Mencabar
Keteguhan Hati Dalam Nostalgia
Cinta Membakar
Menghempas
Mencabar
dan Harus Ditelan Walaupun Pahit

Tidaklah Kita Yang Berkata
Cinta Tak Mesti Bersatu
Apa Benarkah Itu
Atau Kata-kata Yang Tak Bermakna

dan Mereka Jua Berkata
Tiada Yang Lebih Pedih
Tiada Yang Lebih Menyiksa
Dari Cinta Yang Tak Sampai

dan Akhirnya Cinta Jua Yang Bertakhta
Menyuluh Dalam Kegelapan
dan Akhirnya Cinta Jua Yang Bertakhta
Menyatukan Kita Dari Terpisah
Oleh Cinta Palsu

Friday, September 11, 2009

Ego Yang Tebal

Adakalanya sesuatu yang sukar diterima itu menjadi satu perkara yang boleh membukukan sesuatu dalam hati kita. Dalam pada itu ada beberapa perkara yang bakal menjadi perhitungan. Menang dengan bermaruah yang kononnya membuktikan sesuatu itu sebagai betul, atau pada hakikatnya adalah salah tapi hanya menegakkan benang yang basah.

Kalaupun menang dengan menegakkan dengan benang yang basah, ke manalah nak dibawa kemenangan itu andainya kalau umum sebenarnya tidak menerima apa yang dimenangi itu? Adakah dengan suatu pengiktirafan boleh menunjukkan benarnya kita di sana sedangkan pada tidakannya kita masih di laluan yang salah dan masih perlu diperbetulkan? Tidakkah berasa malu dengan membanggakan sebuah pengiktirafan kalau hanya bila melakukannya seolah kita seperti yang tidak layak mendapat pengiktirafan itu?

Kita hanya menang menunjukkan ketebalan ego kalau bersikap demikian. Hanya berjaya menunjukkan suatu kebodohan yang nyata kalaupun sebelum ini tak dapat dilihat oleh orang lain. Tiada kemana boleh dibawa pergi dengan ego itu. Dan kalaupun mendapat sanjungan manusia, munkin mereka itu dalam keadaan berpura ataupun mereka tergolong dalam golongan yang sama : Bodoh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...