Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Mendefinisi Negara Islam atau Negara Sekular

Secara kasarnya, Malaysia adalah sebuah negara umat Islam. Ini kerana negara ini majoritinya rakyatnya penganut agama Islam dan kerajaan Malaysia pada awal penubuhannya meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Umat Melayu adalah golongan penganut agama Islam yang paling ramai di negara ini dan bertindak sebagai kaum majoriti yang mempunyai ketuanan di negara ini.

Sehingga hari ini masih ramai pihak yang berdebat mengenai 'KeIslaman' Malaysia sebagai negara yang mahu diisytiharkan sebuah negara Islam. Sesetengah pihak juga berpendapat bahawa dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi sudahpun memadai untuk melabelkan negara ini sebagai negara Islam. Sesetengah yang lain pula beranggapan keIslaman sesebuah negara itu terletak kepada kumpulan majoriti rakyat beragama Islam dan pemerintah adalah dari golongan yang beragama Islam. Semua orang mahukan negara mereka dilabel sebagai negara Islam kerana mereka percaya bahawa hanya Islam yang boleh memberikan keadilan sejagat kepada semua warganya terutama bagi mereka yang beragama Islam.

Mendefinisi sebuah negara sebagai negara Islam bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana Islam itu cukup lengkap bukan sahaja dalam soal ibadat dan munakahat (nikah kahwin) sahaja, namun terdiri dari segenap aspek termasuk undang-undang perlembagaan, hukuman jenayah, ciri pemerintah Islam dan lain-lain isu penting dalam konsep penubuhan sebuah negara. Untuk memahami konsep sebuah negara Islam kita hendaklah kembali kepada Sunnah Rasul terakhir Muhammad S.A.W sebagai pemerintah Islam pertama yang menjadi penguasa pada era akhir zaman.

Sebuah negara Islam terdiri daripada asas-asas yang teguh yang dinamakan sebagai sistem Khilafah (Sistem Khalifah Islam). Sistem ini terdiri daripada 3 prinsip asas iaitu Al-Malik, Al-Akbar dan Al-Hakam. Dalam konsep ini sebuah negara Islam adalah sebuah negara yang tunduk dan berserah diri kepada Allah yang mana Khalifah sebagai penguasa dan orang nombor satu yang akan tunduk berserah diri dan menyerahkan segala kekuasaannya di atas bumi kepada Allah sebagai pemilik sebenar kepada alam ini.

Konsep tunduk dan berserah diri (menyerahkan segala kedaulatan) kepada Allah sebagai pemilik sebenar inilah yang dinamakan sebagai Al-Malik. Segala kekuasaan manusia adalah bersifat kosong tidak boleh memberi sebarang manfaat atau mudharat melainkan dengan izin Allah yang maha memilik dan maha berkuasa kan setiap sesuatu. Segala kedaulatan bukanlah terletak pada raja atau pemimpin, akan tetapi terletak pada Allah dan raja adalah orang yang akan menyerahkan kepada Allah akan segala apa yang dikuasainya.  Namun begitu, konsep raja di dalam sistem khilafah ini bukanlah suatu mandat dari Allah sekiranya beliau bukan seorang Nabi.

Asas kedua iaitu Al-Akbar bermaksud penguasa tertinggi (supreme authority). Ianya bermaksud sesuatu perkara yang dilakukan oleh penguasa adalah diserahkan sepenuhnya kepada Allah untuk menjayakannya. Oleh yang demikian, penguasa yang yang baik adalah pengusa yang berusaha melakukan sesuatu untuk rakyatnya dan menyerahkannya kepada Allah sebagai penguasa sebenar yang mengizinkan sesuatu usaha yang dilakukan oleh manusia itu berhasil atau tidak. Oleh itu, sesuatu keberhasilan dari suatu negara itu atas usaha pemerintah adalah kerana keizinan Allah dan bukannya atas tangan usaha penguasa itu seratus peratus. Oleh itu penguasa akan jauh dari sifat bongkak dan takbur jika menjayakan sesuatu kerana semuanya atas izin dari Allah sebagai maha berkuasa atas sesuatu.

Konsep Al-Hakam adalah bermaksud, Allah adalah yang sebenar benarnya memberi hukum akan sesuatu. Segala hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah adalah wajib bagi penguasa untuk melaksanakannya dan menyerahkan kepada Allah sebagai menilai tahap keadilannya. Oleh itu dalam perkara-perkara jenayah berat dan besar, Allah telah menetapkan Hukum Had (Hudud). Hukum Qisas dan Ta'zir pula terserah kepada budi bicara kepada pemerintah untuk memberi keadilan berdasarkan pembicaraan. Namun begitu dalam hal ini penguasa hendaklah menyerahkan kepada Allah akan kebolehannya mengadili akan sesuatu perkara. Penguasa adalah manusia biasa yang tidak maksum dalam memberi keadilan dan semuanya diserahkan kepada Allah sebagai penghukum sebenar di hari akhirat. Ini bertepatan dengan suatu kisah di mana Rasulullah S.A.W telah didatangi oleh dua orang lelaki yang berbalah sesama mereka. Setelah Nabi mendengar dari kedua pihak maka baginda telah membuat keputusan dengan menghukum salah seorang dari mereka. Namun begitu, Nabi telah berpesan bahawa apa yang baginda hukumkan itu hanyalah berdasarkan kenyataan dari kedua belah pihak dan mungkin baginda tidak tahu cerita atau situasi sebenar. Baginda berkata keadilan baginda itu tidak berakhir di situ sahaja dan hanya Allah yang lebih tahu siapa yang lebih layak mendapat keadilan dan akan dibayar di hari akhirat nanti. Ini menunjukkan bahawa baginda nabi sendiri telah menyerahkan hukumnya itu kepada Allah sebagai penghukum sebenar kepada manusia.

Negara Sekular

Jika diteliti dari sudut sejarah, kelahiran aliran sekular adalah disebabkan oleh kepincangan yang berlaku dalam agama Kristian. Pada asalnya gereja mendapat tempat tertinggi dalam sebuah negara Kristian. Apabila kuasa di dalam gereja telah disalahguna, maka pemerintah telah meletakkan agama sebagai perkara lain dalam sesebuah pemerintahan dan mengasingkan kuasa gereja dalam kerajaan. Pengasingan antara agama dan pemerintahan inilah yang dipanggil sekularisme. Gereja akhirnya mendapat tempatnya tersendiri yang akhirnya terdapat pemerintah tertinggi gereja yang dipanggil sebagai Pope dan hanya berkuasa ke atas perkara-perkara berkaitan agama sahaja terasing dengan pemerintahan kerajaan.

Di akhir kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah, adaptasi fahaman sekular yang dibawa masuk oleh Mustafa Kamal Attarturk telah mempengaruhi sistem khilafah menjadi sistem sekular. Mustafa Kamal mengambil contoh jawatan Pope untuk diadaptasi kedalam Uthmaniyyah di mana umat Islam mempunyai ketua agama yang tersendiri berlainan dengan khalifah. Bermakna Khalifah telah mengasingkan hal-hal agama dan pemerintahan Khalifah sebagai penguasa pemerintahan dan Mufti (atau lain-lain jawatan agama) sebagai penguasa dalam hal agama. Oleh yang demikian keterhadan had kuasa ini menyebabkan kejatuhan Islam dan akhirnya sistem khalifah ini berkubur dan negara-negara Islam di dunia telah berpecah.

Ini adalah yang berlaku pada akhir era liberalisme Eropah. Lahirlah negara-negara sekular  kecil yang bermajoriti Islam. Tema pecah dan perintah (divide and conquer) itu telah berjaya. Walaupun negara-negara yang dijajah telah dimerdekakan dan diisytihar sebagai berdaulat, namun hakikatnya negara-negara ini masih terikat dengan persatuan-persatuan negara seperti PBB, ASEAN dan Komanwel. Selain itu negara-negara ini terikat dengan sistem matawang antarabangsa yang jelas menganiaya golongan kelas bukan bangsawan melalui suatu badan yang dipanggil sebagai BANK. Negara-negara ini melengkapi ciri asas sebuah negara sekular iaitu mempunyai sempadan, sistem kewarganeraan dan menpunyai raja yang berkuasa dalam agama dan melantik pemerintah melalui sistem yang dipanggil demokrasi.

Dalam ertikata lain bahawa, sistem sekular ini telah membawa turun tiga konsep asas dalam Khilafah dan diletakkan kepada pemerintah dan rakyat. Pertama, pemerintah adalah pemilik dan penguasa yang berhak ke atas negara. Kedua, pemerintah adalah penguasa tertinggi. Ketiga, undang-undang tertinggi adalah perlembagaan negara dan rakyat wajib bersetia kepada tiga perkara ini dan ianya diadaptasikan di dalam ikrar kenegaraan seperti Rukunegara atau Panca Sila (di Indonesia).

Kita harus tanya kepada diri kita sendiri, dalam kategori manakah negara kita termasuk di dalamnya. Ciri-ciri negara apakah yang kita warisi hingga ke hari ini. Adakah dengan mengingkari prinsip asas dalam kenegaraan Islam kita boleh diistilahkan sebagai syirik yang mana Rasulullah S.A.W telah menyatakan syirik pada akhir zaman itu sukar dilihat seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap. Sesungguhnya kita mendiami suatu dunia yang tidak sepatutnya bersifat begini. Hanya dengan mengembalikan kekhalifan boleh menjadikan kita sebagai Muslim sebenar dan menjadikan diri kita Mu'min yang layak menerima ganjaran syurga di akhirat kelak.


Thursday, February 9, 2012

Pekerja KFC Serang Pelanggan

Belum lagi kita lupa pasal video ayam goreng KFC tapak kasut dah ada cerita baru pulak pasal KFC. Cerita ni sampai sekarang tak dapat nak dipastikan kisah sebenar yang berlaku di i-City tempohari. Ada yang kata pelanggan tu maki bersikap racist, ada yang kata pulak Store Manager panggil pelanggan tu BABI. Mana satu yang betul pon tak tahu. Insiden ini jadi kecoh kerana Melayu pukul Cina. Klip pulak incomplete tidak menggambarkan sepenuhnya sebab musabab kejadian. Harapnya kes ini boleh selesai cara baik dan tidak berpanjangan kerana boleh menimbulkan ketegangan kaum.



Apapun di sebalik kisah ni ada pihak yang boleh mengaut keuntungan. LOL.


Saturday, January 28, 2012

Sadis - Contoh Sebuah Cerita Tentang Miskin Bandar

Ini adalah sebuah kisah kehidupan. Kehidupan yang pernah aku cerita dalam entri lepas. Mungkin dalam cerita ini baru ada satu keluarga. Yang kita tidak tahu mungkin lebih ramai. Mereka perlu pembelaan, pelajaran dan pendidikan. Kemelut ini masih lagi menghantui mereka-mereka yang hidup seperti ini.







Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.

Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”

Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.

Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.

Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.

Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.

Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi. 
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.

Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.

Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.

Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.

Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.

Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?

Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.

Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.

Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.

Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.

Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.

Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah.

Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.

“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.

Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.

Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
------------------------
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.

RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis 'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.

Sumbangan terus kepada:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971


Thursday, January 12, 2012

Kurang Ajar - Askar Marin Amerika Kencing Di Atas Mayat Pejuang Taliban Afghanistan

Setahun sekali kalau tidak ada cerita tentang jenayah perang atau sikap kurang ajar Amerika terhadap Islam memang tidak sah. Video ini memang mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia. Aku tak dapat cerita penuh mengenai pertempuran ini, tapi setelah melihat video ini dipertontonkan oleh media Malaysia aku terpanggil mencari video penuh di Youtube. Hasilnya adalah ini. Ini suatu perlakuan yang tidak boleh dimaaf. Semoga Allah melaknat kamu.






Friday, December 23, 2011

Pemuda PJ Utara Nak Ludah Mahasiswa

Baru-baru ni sekumpulan mahasiswa telah mengadakan demonstrasi kepada kerajaan yang telah meminda dasar AUKU padahal tuntutan asal adalah untuk memansuhkan akta itu sama sekali dalam memberi kebebasan mahasiswa dalam berpolitik.Salah seorang dari mahasiswa itu telah menurunkan bendera yang ada gambar DS1M selama 5 minit dan menaikkannya semula selepas itu. Tindakan ini telah mendatangkan kemarahan oleh sekumpulan Pemuda Umno PJ Utara dan telah memuatnaik video di bawah ini.






Macam biasa, bila ada video butthurt dan bahalol sebegini, maka ada la malaon-malaon yang akan buat remix dan menjadikan isu ini superLOL.





Lepas tu siap ada pulak yang buat parodi lagi pulak tu. Yang ini memang sangat menggulingkan LOL nya.





Dr Asri bekas mufti Perlis menyatakan di laman twitter beliau tindakan pemuda PJ Utara itu adalah sebagai memalukan dan tidak bertamadun. Beliau juga berharap agar negara ini tidak dikuasai oleh golongan gangster dan mafia.






Apapapun blog ini adalah kawasan bebas ludah. Peace No War.






Kredit Gambar : Milosuam dan Just Euphoria

Thursday, December 1, 2011

Pelik Tapi Benar - Lembu Dalam Kondo

Video ini membuat aku berguling ketawa. Dah lama takde video selawak ni lepas video parody Hitler PRK Sarawak yang lepas. 

Thursday, September 29, 2011

Relevankah Hudud Di Malaysia

Isu hudud yang ditimbulkan semula hari ini adalah rentetan daripada kisah hudud yang telah diperbincangkan berbelas tahun dulu semasa zaman Mahathir lagi. Sekali lagi pihak kerajaan masih belum menampakkan kesediaan mereka dalam melaksanakan hal ini mahupun melepaskan Negeri Kelantan yang telah meluluskan undang-undang syariah negeri berlandaskan hukum Islam ini.

Ada beberapa persoalan yang timbul. Pertamanya, kalau pihak kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan undang-undang tersebut atas persetujuan sultan, mengapa tidak sahaja dilaksanakan terus undang-undang tersebut tanpa menoleh kepada pihak kerajaan pusat? Jawapannya adalah semasa zaman pemerintahan Mahathir ketika mana Nik Aziz telah bersuara menguatkuasakan hudud, Negeri Kelantan telah diceroboh oleh Mahathir seperti ianya telah darurat. Ini telah menjejaskan sosio ekonomi negeri itu dan akhirnya Nik Aziz telah stand down dari melaksanakan hudud.

Persoalan kedua, kecaman oleh pemimpin parti bukan Islam yang merupakan sekutu Pakatan Rakyat. Pada aku dalam hal ini pihak bukan Islam tidak perlu risau dan takut. Ini kerana sudah jelas bahawa peruntukan hudud ini hanya terpakai kepada rakyat yang beragama Islam sahaja. Lagipun ianya adalah perkara jenayah berat seperti mencuri, membunuh dan rompak. Kalau anda bukan seorang penjenayah, apa sebenarnya yang hendak ditakutkan. Aku pasti dalam mana kita melaksanakan hudud, kadar jenayah dalam negara boleh turun secara mendadak. Oleh yang demikian persoalan hudud tidak relevan kerana negara ini bermasyarakat majmuk adalah tidak berasas langsung. Mereka sebenarnya tidak faham tapi seperti sudah ditakut-takutkan dengan cerita dongeng tentang hudud.

Persoalan Ketiga, di kalangan orang Islam sendiri juga terdapat kecaman terhadap hudud. Antara perkara yang  dilontarkan adalah hudud adalah suatu bersifat kuno dan zalim. Akan tetapi adakah sebenarnya mereka faham bahawa dalam menyabitkan pesalah dalam hudud, ianya adalah sangat ketat dan hanya sedikit keraguan sudah cukup untuk melepaskan si pesalah dari dikenakan hukuman. Contoh paling mudah adalah kes zina. Adakah mudah bagi kita mensabitkan kesalahan kalau mahukan 4 orang saksi dalam pendakwaan? Saksi pula mesti yang adil dan melihat kejadian dari awal sehingga akhir dengan jelas dan tidak dalam kesamaran. Di zaman Rasulullah sendiri tiada kes zina yang disabitkan lalu dijatuhkan hukuman atas dasar saksi dan pendakwaan. Kes yang telah dihukum oleh Rasulullah sendiri adalah disebabkan pengakuan pesalah sendiri dan juga kesediaan mereka untuk menerima hukuman. Ianya tidak semudah kes sivil hanya dengan pembuktian DNA, air mani, tilam atau kesan pada kemaluan sudah boleh disabitkan kesalahan. Empat orang saksi yang adil itu mesti dan tidak boleh tidak jika mahu sabit kesalahan. Dan hanya kalau si tertuduh tidak mengaku maka kes boleh digugurkan sekiranya tiada empat orang saksi dan pihak yang menuduh boleh dihukum qazaf.

Persoalan Keempat, soal kesediaan rakyat dalam penerimaan hudud bukanlah isu besar. Ini kerana ruang lingkup pelaksanaan adalah hanya di kalangan orang Islam sahaja. Umat Islam hanya perlu diberi faham tentang hudud dan kalau mahu dikupas kalau tidak silap aku hanya ada 7 kesalahan sahaja dalam hudud. Bukan banyak pun. Dalam masyarakat sekarang yang serba moden, canggih dan berpelajaran aku rasa tidak terlalu sukar dalam memberi maklumat dan ilmu mengenai hudud dan kalau mahu disediakan dari segi mental rakyat Malaysia aku rasa dalam tempoh 3-4 tahun sudah mencukupi dalam menyediakannya. Kefahaman adalah yang paling penting sekali dan barulah pelaksanaannya itu jadi mudah. 

Mungkin pelaksanaan hudud ini tidak boleh dilaksanakan serta merta tapi kalau kita punya target untuk melaksanankannya pada aku ianya adalah mudah dan mempunyai hikmah yang besar di dalamnya. Islam mengambil tindakan awal dan langkah pencegahan dalam membentuk umat. Oleh itu hudud adalah jawapan yang paling mujarab menyelesaikan permasalahan jenayah kejam yang sangat menakutkan ketika ini. Mungkin kerajaan pusat harus menjadikan Kelantan sebagai pilot project dalam menilai hudud sebagai suatu undang-undang rasmi negara. Mengapa harus takut kalau sebenarnya kita tidak punya ilmu pun tentang hudud. Sesungguhnya tidak tuhan datangkan Al-Quran itu sia-sia kerana isinya itulah initipati cara sebenar bagaimana manusia ini harus hidup dan akan kembali kepadanya dengan suci.

Monday, August 15, 2011

Pendedahan Arlene Tan sebagai Sitt Al-Wuzara Satu Kesilapan - Gaysec

Akhirnya kecelaruan siapa individu sebenar penghina Islam Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara terbongkar apabila Gaysec membuat kenyataan rasmi bahawa mereka tersalah dedah. Seperti yang aku bagitahu sebelum ini Arlene Tan mungkin bukanlah inidividu sebenar berdasarkan kenyataan beliau sendiri di laman blog beliau (sila baca di entri asal). Berikut adalah link kenyataan mohon maaf oleh Gaysec di laman facebook mereka.

Menurut mereka, kini sudah ada suspek baru identiti sebenar Makcik Wuzara ini. Sila lihat fanpage Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al WuzaraDi page ini ada maklumat lanjut mengenai pencarian semula identiti Makcik Wuzara ini. Menurut Obefiend makcik ini adalah seorang lelaki dan beliau tidak mahu mendedahkannya. Dengan rendah hati aku mohon maaf kepada Arlene Tan walaupun sebenarnya dalam entri lepas aku tak tuduh pon beliau adalah Al-Wuzara, tapi aku rasa bersalah jugak sebab siarkan isu ini di blog aku ni. 

Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang cuba lari dari akidah Islam sebenar. Kehidupan beragama sebenarnya bukanlah soal memilih cara hidup sahaja, tapi termasuk juga soal kepercayaan kamu kepada kepercayaan yang kamu harus percaya dan bertepatan dengan fitrah sebenar kamu sebagai manusia. Aku tahu di kalangan murtadin Islam masih tinggal saki baki iman kamu pada Allah. Kamu memilih jalan itu mungkin hanya kerana mahu lari dari syariat Islam yang kamu rasa banyak pantangnya. Kembalilah. Masih belum terlambat. Barakah bulan mulia ini semoga kamu didatangkan petunjuk dan hidayah Allah.

Wednesday, August 10, 2011

Murtad di Malaysia Kritikal - Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Isu sebegini sebenarnya sangat serius. Serius sehingga anda akan berasa sangat terkejut kalau anda seorang yang bersensiviti tinggi terhadap Islam. Adakah sebenarnya isu murtad di Malaysia hanya suam-suam kuku dan terdapat satu dua kes sahaja? Kini perlembagaan yang menyebut hak kebebasan beragama di Malaysia sudah menjerut leher umat Islam sendiri. Ya, aku sangat benci loopholes dalam undang-undang. Tapi selagi mana ianya adalah undang-undang manusia, maka kelemahan bakal terlihat di situ di mana pihak yang berkepentingan akan menggunakan kelemahan ini sebagai senjata mereka menghancurkan kita.

Sebenarnya isu murtad tidak harus hanya melihat kepada penukaran dari Islam kepada agama lain sahaja. Sepertimana isu Aishah dan Lina Joy yang menganut Kristian. Tapi isu murtad juga harus dilihat kepada aliran pemikiran songsang yang boleh menyebabkan seseorang terkeluar dari Islam. Pendapat-pendapat yang menghina Islam, Allah dan rasulnya. Ini adalah kerana pengaruh daripada fahaman sekularisme, liberalisme, rasionalisme dan juga feminisme.

Kalau hari ini seorang umat Islam di Malaysia melahirkan seorang bayi yang secara automatiknya Islam, tapi jangan sangka pada masa akan datang bayi itu bakal mati dalam agama lain atau lebih teruk mati dalam keadaan tidak beragama. Yang semasa hidupnya mencaci maki agama dan lebih teruknya adalah agama Islam. Aku tak mahu tanya mengapa kerana bakal ada pihak yang mengaitkan isu sebegini dengan politik. Bila jadi isu politik tidak lain hanya menuding jari sesama sendiri padahal tak sedar diri sesama sendiri adalah Islam.

Baru-baru ni heboh pasal seorang individu makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan telah membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad dan Islam secara terang-terangan  di laman facebook, twitter dan blog milik beliau. Beliau juga menyiarkan video-video yang menghina Islam yang diambil dari sumber-sumber ekstrimis Kristian. Dan dari apa pemerhatian dan siasatan, aku tak nampak bahawa beliau ini adalah seorang yang menganut Kristian ataupun lain-lain agama. Beliau hanya seorang yang aku kira Liberalis atau rasionalis yang sebenarnya tidak berpuas hati dengan hukum Islam yang melarangnya dari melakukan itu dan ini. Oleh sebab itu serangannya hanya bertumpu kepada Islam dan menghina norma-norma Islam yang mana beliau kira  sebagai menyekat hak asasi manusia.

Seperti yang pernah aku lontarkan, sebenarnya golongan seperti ini melancarkan serangan terhadap Islam adalah kerana sangat suka dengan hedonisme dan pada masa yang sama masih percaya yang Islam itu benar. Akan tetapi tidak berpuas hati dengan larangan Islam lalu membuat serangan terhadap norma dan hukum hakam Islam bagi menghalalkan suatu kemungkaran yang mereka mahu buat atau supaya orang lain percaya dan boleh menerima tanggapan songsang mereka terhadap Islam. Kaedah pemikiran rasional dan liberal digunakan bagi mempengaruhi agar pendapat ini boleh diterima. Lama-kelamaan mereka akhirnya sesat. Serangan yang dibuat lebih berani, bersifat menghina dan boleh dikatakan terkeluar dari agama Islam. Dan mereka sendiri pun tidak mahu dan malu digelar sebagai Muslim.

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara khabarnya akaun facebook dan twitternya telah digodam oleh hacker (Gaysec) dan membawa penemuan individu Nor Arlene Tan Bte Khalid iaitu seorang Cina Muslim kacukan. Arlene menerima serangan terutamanya SMS yang mencaci maki beliau. Arlene telah membuat laporan polis bagi menafikan beliau adalah Sitt Al-Wuzara. 

Nor Arlene Tan Bte Khalid yang didakwa oleh Gaysec
merupakan  identiti sebenar  Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Penafian yang dibuat oleh Arlene menyebabkan kita sangsi dengan fakta yang didedahkan oleh Gaysec adakah mereka membuat pendedahan yang betul atau mereka ini sebenarnya tersalah orang. Dan boleh jadi Arlene melakukan pembohongan. Allah sahaja yang tahu.

Laporan polis Arlene terhadap Gaysec - Kredit gambar Milosuam

Klik di sini untuk lihat fail pendedahan Gaysec terhadap Arlene Tan mengenai Makcik Wuzara. Arlene Tan juga telah menjawab pertuduhan ini melalui blog beliau Purple Pearl's. Untuk pengetahuan semua, Facebook Makcik ini telah ditutup dan juga tweethandle beliau sudah tidak dapat dikesan. Akan tetapi beliau kini meneruskan sesi menghina di akaun Google Plus beliau.




Sebenarnya pada aku isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara adalah hanya salah satu kes yang berjaya kita expose ke public. Ini kerana beliau menghina Islam terang terangan di blog dan laman sosial. Bagaimana pula dengan kes terpencil yang tidak kita ketahui. Apakah hari ini isu ini panas dan akhirnya sejuk dan dilupakan dalam beberapa minggu lagi dan dilupakan manakala aliran sesat ini terus jadi virus dan menambah bilangan muslim yang menganutnya. Apa tindakan kita? Apa tindakan pihak berwajib? Kita mahu Malaysia menjadi seperti Indonesia yang Islamnya sudah berkecamuk dan bercampur baur dan dilihat sama seperti agama lain. Terpulanglah kepada anda menilai hal ini. Mantapkan diri dan jiwa anda dengan iman dan akidah Islam jitu supaya kita tidak terjerumus ke arah ini. Tuntutlah ilmu, kerana hanya dengan ilmu Islam itu boleh difahami dan di tegakkan atas paksinya.



Wednesday, August 3, 2011

Persoalan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.


Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam. 


Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87) 

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Sangat jelas arahan Allah dan RasulNya menegaskan keperluan kita berusaha meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih. 


2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat. 

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja.  Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil  perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. 

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat 
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus.Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
 فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.


13 ) Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?.  Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma  puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Sumber Asal Zaharuddin.net

Wednesday, July 27, 2011

Hukum Bukan Islam Membaca Al-Quran

Isu ini kelihatannya seperti agak sudah lama, tapi masih ada lagi yang bertanya pada aku tentang perkara ini. Oleh kerana isu ini sudah jadi isu politik, maka suka aku nak ingatkan bahawa cara terbaik dalam mencari jawapan terhadap isu ini adalah dengan kembalinya kita kepada hukum Islam. Aku bukanlah seorang yang berkredibilti penuh dalam hal ini kerana ianya dalam isu Syariah sedangkan bidang lulusan aku adalah dalam Akidah. Akan tetapi adakah salah bagi kita untuk mendalami Islam kita agar terang dan jelas supaya segala permasalahan yang timbul terungkai dan kita tidak lagi berfikir dalam ruang lingkup yang salah sedangkan kebenaran sudah terhidang di depan mata.

Di samping itu, aku berharap dalam menyelesaikan isu sebegini haruslah kita mengenepikan sentimentasi politik kepartian agar ianya tidak menyekat kewarasan dan kematangan minda kita dalam membuat penilaian. Dalam isu ini, Nga Kor Ming telah membaca sepotong ayat Al Quran dalam satu sesi ceramahnya. Oleh yang demikian telah mendapat respon yang begitu kuat menyangkal tindakan beliau yang kelihatannya seperti mempersendakan ayat Allah sedangkan dia seorang Kristian. Akan tetapi cuba kita bayangkan dalam situasi lain seperti ini. Seorang lelaki berbangsa Arab memberi ucapan di tempat awam dan membaca Al-Quran dan beliau adalah seorang Arab beragama Kristian? Adakah tindakan itu juga akan dilihat haram oleh kita. Atau dalam situasi semasa zaman Rasulullah ada orang Yahudi yang belum memeluk Islam tetapi membaca Al-Quran, adakah ini juga dilihat menghina atau suatu yang bercanggahan? Mengapa kita tidak berbalik semula kepada hukum-hakam Islam dan menilainya supaya kita lebih faham dan kemudian baru bertindak.



Ini pula adalah contoh pembacaan ayat Al Quran yang diharamkan oleh Islam kepada orang bukan Islam. Dalam hal ini mengapa ianya tidak dibawa dan digembar-gemburkan oleh media arus perdana? Adakah kerana ianya berunsur politik atau sebab ianya tidak ada kena mengena dengan sentimen kita? Adakah kita lebih bersemangat dalam mengutarakan isu dalam politik dari memperjuangkan isu yang menyentuh sesitiviti keIslaman kita?

Tuesday, July 12, 2011

Lagi Kes Hina Lagu Negaraku - Pelajar IPTA Berdepan Tindakan

Aku rasa korang mesti masih ingat cerita pasal Namewee beberapa tahun lepas mengenai video di Youtube nya yang menghina lagu Negaraku. Lagu tersebut juga berunsur perkauman, menghina azan dan beberapa elemen amalan umat Islam dan juga menghina kerajaan Malaysia dan polis di Malaysia. Mari tonton semula video tersebut.



So aku ingat dah tak ada lagi pasal hina menghina lagi dalam isu lagu kebangsaan. Tapi beberapa hari lepas ada la pulak sorang mamat ni. Beliau dikatakan telah menghina lagu Negaraju tersebut melalui status facebooknya dengan mengubah lirik lagu tersebut berbau lucah dan penghinaan terhadap Raja. 
Setelah melihat gambar ni nyata lagi jelas bahawa memang lirik ciptaan beliau tu berbunyi hinaan kepada lagu tersebut. Bila ada kes begini aku lihat ramai pihak akan beri respon dan komen yang menunjukkan sikap prohatin mereka kepada lagu kebangsaan negara.

Tapi dari satu sudut yang lain aku melihat bahawa sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia hanya berkisar tentang perkara sebegini sahaja. Tapi dalam isu Islam sedikit kurang pula sensitivitinya. Contohnya beberapa bulan lepas keluar sebuah komik di Utusan Malaysia mengenai hukum Islam yang dipersendakan. Akan tetapi tiada sebarang menteri yang memberi respon dan Utusan pula tidak dikenakan sebarang tindakan. Ini adalah double standard yang biasa kita lihat di Malaysia.

Mungkin sikap double standard ini boleh diperbaiki lagi di masa akan datang. Kepada mereka yang telah melakukan penghinaan itu aku harap korang mempunyai alasan yang baik apabila berdepan dengan tindakan. Ini mungkin boleh jadi pengajaran buat yang lain. Semoga isu-isu seperti ini tidak akan lagi muncul di masa-masa akan datang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...