Showing posts with label about me. Show all posts
Showing posts with label about me. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Cerita Tentang Yasin

Satu masa dulu aku adalah seorang penuntut di Nilam Puri. Nilam Puri adalah sangat terkenal di kalangan penuntut pengajian Islam di Malaysia. Dah ramai ilmuan dan para ulama' telah lahir di sini. Dahulu Nilam Puri dikenali sebagai Yayasan Pendidikan Tinggi Islam Kelantan yang dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan. Namun ianya telah diambil alih oleh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sebagai kampus cawangan. 

Tahukah anda penyamyi terkenal Yasin yang pernah memenangi Juara Lagu sekitar tahun 2001 - 2002 (entah aku tak ingat) adalah seorang bekas pelajar dari UM Nilam Puri? Ya, beliau adalah seorang ustaz dan sememangnya merupakan seoraang yang sangat mahir dalam Bahasa Arab. Aku dengar bapa beliau ni adalah seorang pakar dalam bidang tasauf di Malaysia dan mereka sekeluarga pernah tinggal di Mekah untuk beberapa tahun sejak dari Yasin masih kecil. Atas dasar itu maka tidak hairanlah kalau Yasin sangat fasih berbahasa Arab dan mahir berbanding rakan yang lain di Nilam Puri. Aku juga dengar beliau juga menjadi kesayangan para ustaz dan pensyarah di Nilam Puri kerana selalu menjadi rujukan dalam permasalahan bahasa Arab.

Aku masih ingat pada pagi berikutnya setelah Yasin menang juara lagu di kelas Pengatar Usuluddin kelolaan Dr. Johari Mat. "Semalam enta semua tengok Juara Lagu? Yasin menang kan?" Kelas aku tu terpinga sebentar sebab terkejut apasal pulak pensyarah pakar dalam ajaran sesat ni boleh tengok rancangan lagha ni pulak. "Yasin tu anak murid ana dulu tu." sambung beliau ringkas. Oh, itu rupanya sebenarnya point beliau. Beliau kemudiannya memetik beberapa lirik lagu Mimpi Laila yang menjadi bahan topik subjek pengantar usuluddin itu untuk dihayati kerana mempunyai maksud yang mendalam. minggu tersebut adalah minggu Yasin. Pensyarah dan student semua cerita pasal Yasin. bukan sebab beliau menang, tapi baru tahu dia seorang bekas pelajar Nilam Puri.

Yasin memang seorang yang hebat menyampaikan dakwah dan tazkirah melalui lagu sedemikian. Selang beberapa bulan aku pulang bercuti di kampung. Kebetulan ada satu majlis di masjid negeri yang aku tak ingat tentang sambutan apa. Pada masa tu seingat aku konsert nasyid ni akan jadi acara wajib dalam apa apa sambutan keagamaan dalam mengisi acara sepanjang minggu program. Biasanya kumpulan nasyid yang dipanggil adalah Rabbani. Tapi pada kali itu ada kelainan. Rabbani dijemput, dan Yasin juga ada. Aku sedikit teruja bila tengok live Yasin buat persembahan.

Selepas beliau turun dan pergi ke belakang pentas, dengan sengaja aku dah tunggu di belakang pentas. Aku sendiri tak tahu kenapa aku terlalu nekad hari itu. Lalu ketika Yasin turun dan lalu depan aku, aku pon mengambil peluang bersalam dengan beliau. Sambil bersalam aku berkata pada beliau "Bang, ustaz-ustaz di Nilam Puri semua kirim salam kat abang." Beliau hanya tersenyum dan menjawab Waalaikumussalam lalu berlalu pergi.




Wednesday, July 13, 2011

Cerita Tentang Membaca - Pra Review Buku Fixi PECAH

Mungkin ini adalah buat pertama kali aku menulis di blog ini review buku. Mungkin sebab aku agak lama meninggalkan hobi membaca ni. Tapi akhirnya mood membaca datang semula pada usia aku hampir mencecah 30 tahun (dah tua dah). Sebenarnya seumur hidup aku memang aku tak pernah beli novel. Seriously tak pernah. Pecah merupakan novel pertama yang aku beli selama aku hidup atas muka bumi tuhan ni. Kalau ada pun aku beli buku cerita masa aku sekolah rendah dulu. Dah lama dah beb. 

Tapi itu tidak membawa makna aku tidak pernah membaca novel. Masa aku kecil dulu seingat aku ada novel banyak siri penyiasatan Siri Salmah dan Hardy Boys. Buku-buku  tu berlambak kat rumah yang aku tak tahu sapa punya. Pada satu musim cuti sekolah tu mak aku menyuruh aku membaca buku-buku tu. Dan aku pun baca la buku tu semua. Rasanya hampir sepuluh buah buku tu aku habiskan membacanya dalam tempoh sepanjang cuti sekolah tu. Disebabkan semua buku tu adalah buku cerita penyiasatan ianya mungkin punca aku germar menonton CSI dan lain-lain cerita penyiasatan sehingga kini. Nasib baik hari ini aku tak jadi seorang detektif.

Pada asalnya aku memang dah start mula membaca semula pada tahun 2010. Sepanjang aku tak membaca buku, aku lebih tertarik pembacaan di atas skrin. Ya, aku lebih gemar membaca di skrin dari membaca di kertas. Sampai aku bercadang membeli tablet dan membeli buku digital untuk membaca. Disebabkan bajet yang tak cukup nak beli tablet so aku membaca di smart phone Android aku tu. Bosan. Skrinnya terlalu kecil untuk membaca tulisan-tulisan.

Akhirnya aku terjebak dengan Twitter. Seriously memang twitter sangat addictive. Di twitter aku mula berkawan dengan blogger-bloger terkenal dan juga para penulis buku. Pada asalnya aku tak tahu pun mereka adalah penulis buku walaupun aku sudah follow mereka sudah lama. Tapi bila mereka mula mempromosi buku-buku tulisan mereka aku rasa teruja. Teruja kerana aku tak sangka kawan-kawan merapu di twitter adalah penulis-penulis hebat. Atas dasar kawan so aku pon cuba-cuba nak membaca tulisan mereka. Di Pesta Buku Selangor aku pun membeli buku Rojak oleh Amir Muhammad dan Pecah oleh Khairul Nizam Bakeri. 

Ternyata percubaan ini tak sia-sia kerana cara penulisan mereka yang agak bersahaja dan tidak terlalu terikat dengan hukum bahasa menyebabkan aku terus untuk membaca lagi. Akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa, kalau aku mahu membaca aku mesti mempunyai du bahan sekaligus. Satu bahan adalah bahan ilmiah yang berat seperti buku agama atau falsafah dan satu lagi adalah buku bacaan ringan seperti novel atau himpunan certot. Bacaan ringan ini perlu untuk aku mengekalkan mood membaca supaya tidak bosan membaca buku falsafah.

Terima kasih kepada sahabat twitter yang menaikkan semula mood membaca aku. Anda tidak akan rugi kalau membaca kerana kita semua tahu bahawa kunci ilmu memang berpunca di situ.


Buku Fixi aku beli kat Pesta Buku Selangor

Tuesday, October 19, 2010

Kembali

Akhirnya dia kembali. Kembali setelah sekian lama menyepi, bercuti atau mungkin merajuk. Terkadang aku rasa kehilangannya merupakan suatu ujian. Mungkin juga ia jadi satu kifarah dan peringatan kepada aku yang mungkin terlupa akan nikmatnya.

Aku harap kembalinya dia hari ini tidak akan pergi lagi. Yang buruk jadikanlah sempadan. Semoga Allah sentaiasa melindungi kami sentiasa.
Published with Blogger-droid v1.6.3

Friday, July 2, 2010

To Be Friends With Someone That We Doesn't Want to

Lama tak tulis, bukan bermaksud lama tak jengah. Hidup kadang-kadang sangat sukar dijangka. Perasaan kita pun macam tu jugak. Kadangkala kita perlu melihat kekecewaan itu sebagai suatu hikmah. Di lain masa pula melihatnya sebagai suatu kifarah. Tapi di masa yang lain juga ianya juga menjadi nikmat pada mereka yang tidak pernah merasakannya. Sedapnya Kecewa.

Kecewa itu terkadang menjadi sedap bila ianya dihayati. Terasa sedap bila ianya belum pernah dirasai dan menjadi nikmat bila sudah ada ubatnya pada suatu ketika masanya nanti. Seorang yang pernah kita kenal kadangkala kita sudah tidak mahu lihatnya lagi. Mereka juga mungkin sudah buang nama kita dalam kamus hidupnya. Dan mungkin juga sangat berharap tidak mahu ketemu mereka lagi di lain hari.

Dan mungkin juga bila sampai masanya nanti mereka datang semula. Mencari agar boleh membina semula persaudaraan yang pernah putus. Walau hubungannya sudah tidak sepertinya dahulu. Sudah tidak serupanya dulu dan bakal diperhati oleh mata-mata yang rapat hampir dengan kita.

Sudah dan sudah... kalau mahu kawan lagi mungkin tidak sepertinya dahulu. Kalau ungkit sesalnya nanti, segalanya telah diubati oleh masa yang penyembuh segala dan kalau matinya nanti, kirim saja al-fatihah padah ruh yang sudah tidak lagi berada di bumi.

Thursday, January 7, 2010

Bad Start

Tak selalunya yang kita harapkan menjadi baik akan sepertinya menjadi seperti apa yang kita harapkan. Dan apa yang lebih menyesakkan fikiran ianya akan menjadi suatu beban dalam kehidupan kita.

Tahun baru datang lagi dan semestinya kita akan senantiasa dengan azam-azam baru yang kita lakukan saban tahun itu. Aku hampir terlupa apa yang harus dilakukan pada tahun baru ini. Dan sebagai pembuka tirai pertama dalam entri 2010 ni aku tak rasa nak bercerita panjang di sini.

Orang kata segalanya yang kita lakukan akan disandarkan kepada penglaman kita yang lepas. Akhirnya aku menerima suatu pengalaman yang pahit sebagai pembuka tirai tahun 2010 ni. Dan aku rasa ada baiknya kalau pengalaman ini menjadi pedoman pada mereka yang lain. Hari ke-2 bekerja dalam tahun 2010. Kereta aku dipecahkan sebab ada orang-orang terdesak kat KL ni yang nakkan laptop aku dalam kereta tu. Silap aku jugak tinggalkan laptop dalam kereta.

Apapun aku pasrah atas segalanya, dan aku harap tahun ini akan berjalan dengan baik walaupun permulaannya agak kurang baik.

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun ini akan menjadi yang lebih baik dan sempurna dari tahun yang sebelumnya.

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhon

Bila tiba bulan Ramadhan kali ni, aku rasa sikit kelainan. Kealainan yang tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Biasalah, bila ada perubahan dalam diri, maka akan terasalah kelainannya. Apatah lagi kalau ada perubahan juga berlaku di dalam rumah kita.

Sekarang tinggal aku berempat je kat umah tu. Mak, Abah, Adik dan aku. Yang lain dah mulakan hidup masing-masing dengan pasangan suami/isteri mereka. Alhamdulillah semua dah selamat. Walaupun rumah tu agak sunyi sikit tapi rasanya masih lagi berseri-seri dengan cahaya keimanan penghuni di dalamnya.

Aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan atau lebih tepat lagi Selamat Berpuasa. Kepada mereka-mereka yang tak cukup puasanya tahun lepas, berazamlah supaya anda dapat berpuasa penuh pada tahun ini. Suatu kerugian yang amat besar kalau meninggalkan puasa dengan sengaja dan tak bersebab yang syarie. Semoga Allah merahmati kalian semua. Salam Ramadhan dan salam kerahmatan.

Saturday, April 11, 2009

Atok - (The Origin of AHIN)

Semalam masa aku driving balik umah tetiba plak teringat kat arwah atok. Dah lama atok meninggalkan kami. Sudah lebih 15 tahun. Dulu masa aku sekolah rendah aku memang sekolah dan tinggal kat umah atok. Lebih kurang 6 tahun jugak aku duduk kat sana. Balik umah mak samada ujung minggu atau petang2 ayah aku jemput balik.

Kalau petang2 atau ujung minggu atok akan bawak aku pegi kebun kat baroh. Aku mmg suka ikut pegi kebun sebab suka tgk banyak monyet dan main kat tepi perigi cetek tu. Aku pon tak tau apa la yang best sangat dok pegi kebun tu. Ada sekali tu atok tengah tebas daun pisang layu. Aku jalan depan atok. Ntah macam mana parang tu boleh jatuh atas kepala aku. Nasib baik tak luka atau benjol. Atuk marah aku sebab duduk dekat2 masa dia tengah tebas pokok tu.

Kalau pegi mana-mana aku akan naik basikal dengan atok. Aku duduk depan. Kalau pegi kuliah kat masjid aku akan pakai songkok. Atok akan selalu betulkan songkok aku pasal dia kata aku pakai songkok terbalik. Padahal memang aku dah pakai betul dah songkok tu sebab mata atok dah tak berapa nampak.

Aku masih ingat lagi ada sekali tu atok buat korban. Nak sembelih sekor kambing. Kambing tu atok lek bawah rumah sementara nak tunggu hari raya korban. Aku sempat ambik gambar dengan kambing tu. Atok yang pegang tali kambing tu. Aku rasa gambar tu busu aku ada simpan lagi agaknya.

Atok memang suka bercerita. Cerita kelakar, cerita nabi, cerita pengalaman masa dia keja kat rumah api kat singapore dan lain-lain lagi. Aku ingat lagi dia cerita kat aku pasal ayat seribu dinar. Lepas tu dia ajarkan aku ayat tu. Kalau aku pegi mana-mana terlihat frame yang tergantung ada ayat seribu dinar, aku akan teringatkan atok yang ajarkan aku ayat tu kat aku. Aku tau, atok punya harapan besar pada aku. Arwah nenek aku selalu sebut dulu masa pegi haji Atok memang tak lupa akan doakan aku setiap kali dia berdoa. Mungkan siapa aku pada hari ini dan segala apa kejayaan aku adalah dengan berkat doa atok.

Terlalu banyak kenangan aku dengan atok berbanding dengan cucu-cucu atok yang lain. Atok meninggal dunia sebelum aku sempat masuk sekolah menengah. Sebab kasih yang tak terhingga aku pada atok, aku telah cipta nama AHIN tu dengan nama atok sekali huruf N kat hujung akronim tu. Abdul Halim Ismail Nor. Md Nor adalah nama atok aku. Pada asalnya aku nak letak AHIM sebagai nickname aku tu. Tapi masa aku sekolah ada sorang member aku tu ayah dia nama Ahim. So aku tukar kepada N. Dan hari ini nama Ahin tu dah aku jadikan sbg nama sykt aku sekarang.

Atok, terima kasih atas segala kasih sayang dan tunjuk ajar atok dulu.Semoga atok sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah. Al- Fatihah.

p/s: Tetiba sebak pulak bila buat entri ni.

Tuesday, December 23, 2008

Disember Ini

Sememangnya tahun 2008 ni dah nak sampai penghujungnya.....Hah! dah december dah rupanya...masa berlalu sangat pantas sampaikan aku rasa seperti tidak sempat berbuat apa-apa di dalam tahun ini. Azam? entahlah...aku pon selalu tak pasti apa azam tahun baru aku. Biasanya aku akan buat azam pada penghujung tahun untuk tahun berikutnya....tapi selalunya aku akan terlupa apa azam yang aku buat tu...apparaaa....

Aku selalunya menantikan setiap Disember pada setiap tahun. Pertamanya kerana Hari Lahir aku pada bulan Disember. Kedua kebanyakan orang-orang yang aku sayang dan yang 'pernah aku sayang' juga pada bulan disember. Tapi tahun ni ada kelainan sikit, aku hampir terlupa 4 Disember lepas hari jadi aku..sebabnya aku sibuk training kat KL untuk jadi Authorized Service Provider kepada Fuji Xerox di Jalan Kuchai Lama. Walaupun ramai jugak yang wish aku....tapi seolah2 tahun ni macam menjadi tahun yang tak berapa nak happy bagi aku. Apapun special thanks kepada makcik aku yang telah bagi hadiah pada aku. Rasanya ni la kali pertama aku dapat hadiah hari jadi dan orang memberi sesuatu yang memang aku nak.

Selainnya Disember ni juga menyaksikan pertambahan seorang lagi ahli keluarga aku. Adik lelaki aku dah pun melangsungkan perkahwinannya pada 20 Disember lepas. Tak larat aku nak tolong organize majlis perkahwinan ni. Sungguh memenatkan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Satu jer yag aku boring pasal majlis ni....aku rasa hari tu paling banyak aku mendapat soalan yang sama yang ditanyakan pada aku sampai aku dah malas nak jawab....

"Haa....adik kau dah selesai...kau bila lagi?"
"Kau ni tunggu apa lagi...keje dah ada.. keta dah ada...duit ada.."
"Along...makcik ingat kau yang kawin....rupanya adik kau dulu.."
"Ni bukan langkah bendul lagi ni....dah langkah bumbung...macam mana bole adik kau plak yang dulu ni?"


Naik malas aku nak jawab semua soalan tu....last2 aku jawab pendek jer....

"Insya Allah bulan 8....tapi tahun jangan tanya la..."

Ada pulak yang sengal tu....tanya soalan ni pulak....

"Haa..Baguslah...dengan orang mana?"

"Dengan orang beriman..."

Kadang-kadang aku rasa tak sedap pulak memberi jawapan lucu tapi boleh menyakitkan hati...tapi hati aku ni lagi sakit kalau terus dihujani dengan soalan-soalan sebegitu bertalu-talu. Kadang-kadang aku lari daripada org2 kampung atau sedara mara yang kelihatan dari jauh seperti nak tanya soalan yang sama pada aku....Hati aku...hanya tuhan yang tahu....

Bukan aku sengaja nak lambat2kan kawin ni....bukan aku suka sangat hidup membujang huru hara ni...tapi mungkin tuhan belum nak izinkan aku nak berumahtangga. Mungkin aku belum betul bersedia, atau mungkin tuhan mahu aku selesaikan tanggungjawab lain yang lebih besar yang belum aku selesaikan atau mungkin juga aku belum betul2 berusaha dalam hal2 perjodohan ni....Satu yang aku yakin, sememangnya sekiranya usaha yang dilakukan belum membawa hasil, semestinya tuhan sedang yang terbaik untuk kita. Aku terkadang terfikir, siapa yang akan hidup bersama aku dan menjaga aku sampai aku mati, siapa yang sanggup mati dari semalam lagi mati untuk aku sekiranya aku berjanji sanggup mati untuknya hari ini, siapa yang boleh lebih menyayangi aku lebih daripada yang mak aku beri selama ini.....

Semua persoalan tu belum terjawab. Aku tak pasti di mana silapnya....tapi biarlah tuhan tuhan memilihkan untuk aku yang terbaik untuk hidupku. Segalanya terserah kepada-Nya. Untungnya aku masih punya kawan2 dan sahabat yang sentiasa di sisi menghibur hati.

Aper plak citer pasal kawin ni...

Bisnes? Susah nak cakap pada zaman awal kegawatan ekonomi ni...aku dah nampak bisnes dah mula slow down...tapi alhamdulillah masih boleh bernafas....cakap pasal ni aku teringat sebuah lukisan burung terbang kat dalam Perpustakaan UM masa aku belajar dulu. Tajuk lukisan tu "Patah Sayap Terbang Jua." Itu sangat memberi erti dan sumber inspirasi serta motivasi kepada aku untuk meneruskan perniagaan ini walau apa jua cara sekalipun...Insya Allah semoga dengan doa tulus dari semua aku bakal berjaya lagi di masa depan.

Tak berapa hari lagi nak ker tahun baru....aku ingat tahun ni takyah buat azam la....buat jer short target yang aku nak grab dalam tempoh tertentu...mungkin itu sahaja caranya untuk terus maju ke hadapan.....Semoga Allah terus meredhoi dan merahmati.


Monday, November 10, 2008

Hati Yang Neutral

Pernah tak korang menjalani suatu period yang mana hati menjadi sangat neutral? aku tak tau kenapa aku menamakannya sebagai neutral. Mungkin kerana aku baru sahaja menjalani sesebuah perasaan dgn tahap maksimum dalam satu tempoh masa yang agak lama. Yang akhirnya menyebabkan aku telah lupa bagaimana hendak berperasaan lagi. Susah macam mana nak terangkan keadaan yang sangat neutral ini. Tapi ianya suatu yang agak ganjil di mana engkau tidak akan dapat kepuasan yang maksimum dalam berperasaan. Contohnya kalau berasa gembira, kau tak dapat merasa gembira yang maksimum, kalau sedih kau tak mampu menangis kalau seronok kau tak rasa hebat keseronokan itu.

Begitu juga lain2 perasaan yang kita semua rasa pada saban hari dan saban waktu. Hari2 kita dipenuhi dengan perasaan. Dan setiap perasaan itu ada kadarannya sama ada banyak atau sedikit. Aku tak tahu sama ada perasaan aku yang sangat neutral ini akan berkekalan atau hanya bersifat sementara. Tapi yang pastinya menjalani keadaan yang neutral ini membuatkan aku kurang seronok dan kurang kepuasan dalam melakukan sesuatu. Aku sukar untuk bergembira semaksimum mungkin, sukar berasa sedih dalam hal yang sepatutnya aku harus menunjukan rasa sedih itu, sukar untuk menyayangi walaupun yang disayangi itu amat menyayangi. Sehinggakan menyebabkan keretakan dan dan menjadi belah yang tidak menyebabkan aku rasa sedih atau kecewa.

Ya....aku sangat berhati neutral pada ketika ini. Walau pada zahirnya aku kelihatan biasa sahaja dan masih bergembira melepak dan menghabiskan masa bersama kawan2, tapi sebenarnya aku sangat neutral sehinggakan tiada merasa keseronokan dalam menjalani hari. Melakukan perbuatan dan rutin yang hampir sama setiap hari. Sehinggakan hendak merasa bosan pon tidak boleh. Kesemua perasaan itu seolah punya limit. Aku seperti tidak boleh berperasaan secara normal lagi.

Aku tak kata yang aku tidak punya perasaan, tapi perasaan yang datang dalam diri aku ini seolah mempunyai batas. Tak tau la...ini mungkin proses biasa dalam pendewasaan. Aku sangat berharap ia tidak berkekekalan. Ya Allah, bantulah diriku ini. Kesepian dari petunjuk dari Mu.

Thursday, October 30, 2008

Minggu Yang Sibuk Ntahaphapa

Kadang-kadang bila hidup dalam bisnes ni menyebabkan aku menjadi bz yang ntahapahapa. Kengkadang aku pun tak pasti apa yang berlaku sepanjang minggu tu walaupun aku telah melakukan semua kerja dengan baik dan lancar. Tapi bile petang aku berfikir semula aku tidak bekerja secara maksimum dan sepenuh tenaga dalam memajukan diri sendiri. Mungkin ini yang dinamakan rezeki, kerana bila kita kerja sedikit hasilnya dapat banyak. Tapi bila kite usaha banyak dapat hasil yang sedikit. Selalunya kita tersilap, kerana kita selalu bersifat statistisme (istilah yang aku buat sendiri ni, tak tau ada ke tak) yang bermaksud sesuatu yang kita lakukan bersifat terlalu objektif dan berorientasikan result. Sedangkan dalam pada mengusahakan sesuatu itu ianya bersifat subjektif dan tidak mempunyai suatu formula yang khusus dalam menjayakannya. maksudnya disini, kita selalu nak tengok suatu hasil yang baik setelah berusaha dgn keras, akan tetapi bila kita gagal melaksanakan sesuatu itu ianya akan menjadi penyesalan kerana kita beranggapan yang kita telah mengusahakan sesuatu di dalam takat usaha yang sama dgn kejayaan yang pernah kita buat.

Macam tu lah yang berlaku pada aku dan kita semua. Kadang2 aku terasa nak bekerja makan gaji. Mungkin mudah sebab tak terlalu banyak skop kerja yang nak difikirkan. Semuanya terlah diaturkan. Biarlah...yang penting usaha itu meupakan kunci segala. Sebagai seorang Islam, nilai sesuatu kerja yang dilakukan itu bukan terletak pada hasilnya, tapi pada takat usahanya. Jadi kalau kita telah berusaha keras dan gagal kemudiannya, tidak perlu ada penyesalan kerana ianya kuasa tuhan menentukan.

Kadang kadang aku selalu tercampurkan antara urusan peribadi dgn bisnes. Tapi apa nak buat, kerana mmg itu lah kehendak masa yang diperlukan oleh aku dalam menjalankan sesuatu. Minggu ni kereta aku telah breakdown semasa sorang dari kawan aku pinjam keta aku. Aku sebenarnya agak hangin jugak sebab keta aku tu tak penah beri masalah kepada aku. Bila sampai kat tangan orang lain pulak jadi macam ni. Apa nak dikatakan, aku hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. Kadang-kadang aku rasa macam terlalu bermurah hati, tapi bila difikirkan balik ianya perlu kalau kita menjadi seorang yang berfikir dan meneliti sesuatu sebeleum memberi keputusan. Namun begitu semuanya berlalu dengan baik walaupun aku sedikit sedih bila kereta tu dipulangkan kepada aku dalam keadaan yang sebegitu. Sepanjang aku pakai pon tak penah terjadi seteruk tu. Lepas dah servis semalam rasa macam newborn pulak. Memang betul, orang tak akan rasa macam mana kita rasa apabila memiliki sesuatu. Kengkadang orang tak tahu nilai akan sesuatu yang kita miliki tu adalah sangat bermakna pada kita walaupun nilanya dalam wang ringgit tak seberapa. Dan sememangnya sentimental value itulah menjadikan sesuatu yang kita miliki itu sangat berharga pada kita.

Tadi pagi aku sempat pegi ziarah kematian. Ayah kepada sorang kawan aku masa sekolah dulu. Aku sangat tersentuh melihat beliau selepas habis talkin dan tahlil dibacakan. Kawan aku tu kelihatan sedih yang ditahan-tahan. Seolah-olah aku dapat menyelami perasaan kawan aku tadi. Bukan apa, ayahnya tu sakit dah hampir 4 tahun dah. Sakitnya ayah aku tu sama seperti ayahnya.

Tak payahlahnak citer panjang kat sini, nanti akan memikirkan yang bukan2 pulak. Bila dah sibuk2 dalam hal2 macam ni rasa macam rugi masa pulak. Tapi masa aku tu diisi dgn berfaedah...takpelah. Dalam erti kata lain, ok jugak bila berlaku kesibukan yang ntahapahapa ni.

Monday, October 27, 2008

Sudah Lama Tidak Mengupdate...

Sudah sekian lama sejak ucapan raya yang lepas aku tak update kat sini...bukan sebenarnya aku telah tergolong dalam sifat manusia yang mala memblog...tapi aku sangat bz menyiapkan beberapa projek yang menuntut aku beroutstation di luar negeri kelahiran aku ini. Apapepun aku nak bagtau yang aku dalm keadaan selamat dan beriman....

Sebenarnya aku memang kekurangan modal nak bercerita di sini...dan aku bukannya suka sangat nak bercerita tentang diri aku...ini kerana akan menyebabkan seluruh dunia mengerti akan diri aku dan aku akan kekurangan rahsia tentang diri aku sendiri...Rahsia? perlukah? tapi sememangnya kite perlu masa untuk diri sendiri dan aku rasa masa bersendiri itu ialah masa aku menulis dalam blog ini dan dan ketika aku memandu seorang diri dalam kereta....tidak kira ke mana destinasi aku samada dekat atau jauh...


Kawan-kawan aku sekarang

Aku tak menafikan selepas kejadian putus-memutus dan belah membelah hati dan perasaan beberapa bulan lepas telah menyebabkan beberapa perubahan besar dalam hidup aku...yang paling besar adalah aku telah tukar kawan2 rapat aku yang aku selalu dampingi kepada kawan2 yang lain yang mana boleh memberi hiburan yang lebih pada aku....ermmm bukanlah aku bermaksud yang kawan2 kite ni hanya sekadar untuk kita berliburan sahaja...akan tetapi pada aku, aku berhak memilih siapa kawan2 aku dan ke mana hala tuju hidup aku tanpa ada orang2 lain yang kelihatannya seperti membantu dalam masa yang sama telah memusnahkan aku samaada secara sengaja atau tidak dan boleh jadi secara sedar atau separa sedar...

Kepada kawan2 yang aku mula jauhi....aku tidak bermaksud memutuskan silaturrahim ini...tapi mungkin ini adalah jalan terbaik bagi kita supaya hubungan silaturrahim ini berkekalan dan tidak terputus kerana hal remeh temeh yang berlaku....cukup sekadar kita berkawan sekadar 8 jam sehari di waktu pejabat dan tidak berkongsi apa2 selain masalah kerja. Mungkin kau sudah tidak layak berada di tempat istimewa itu lagi...dan jangan terperanjat jika aku hanya bertindak hanya sebagai majikan kau sahaja sekarang ini dan bukan lagi kawan2 nak mengeteh atau melepak mengira embun sampai ke pagi.

Kepada kawan2 yang selalu didampingi ketika ini.....aku sangat berterima kasih kerana sudi berkwan dgn aku sama ada di alam maya atau realiti...sungguh gathering harian itu tidak sia-sia walaupun aktiviti melepak itu memang kelihatannya sia-sia tanpa ada sebarang faedah juka tidak diambil kesan positif darinya.

Anyway..aku nak mengucapkan Selamat Deepavali kepada mereka2 yang menyambutnya. Aku telah melalui hari cuti yang membosankan tanpa kereta kesayangan aku kerana telah dipinjam oleh kwan baik aku...huhu...rindunyer kat keta aku......

Thursday, September 25, 2008

Beroutstation

Kadang-kadang aku sendiri pun pelik macam mana aku boleh terjun dalam bidang IT ni walaupun aku mempunyai Sarjana Muda Usuluddin. Sesetengah orang berasa teruja dgn kepelikan ini dan sesetengah orang merasakan ini adalah suatu pembaziran tenaga manusia yang sepatutnya tak payah berlaku di dalam sesebuah negara yang nak mengaku sebagai negara Islam....mmg negara Islam la kot kalau dah majoriti masyarakat kita ni dah Islam.

Aku sangat gembira kalau dapat projek yang melibatkan kerja2 yang berada di luar kawasan negeri yang aku bermastatutin sekarang ni. Aku mmg suka pegi tempat orang. Tapi aku tak suka pergi berjalan dengan sekadar melancong. Mungkin kerana aku ni kedekut (agaknya) sampai nak pergi melancong pun nak berkira pasal duit. Atau pun sebenarnya aku ni tak mampu nak pergi melancong sebagaimana orang lain. Aku lebih suka jika aku berjalan ke tempat yang aku tidak pernah sampai dengan sesuatu tujuan tertentu seperti ada kerja rasmi yang perlu dilakukan di sana. Baru-baru ni aku dapat satu projek yang melibatkan 20 lawatan tapak di sekitar Negeri Sembilan dan Johor....wah! aku sangat hepi wooo...bukan aper, seumur hidup aku tak pernah sampai kat desaru dan kota tinggi, dengan adanya projek tersebut akhirnya aku sampai jugak ke sana.

Yang lebih mengujakan aku ialah aku sedar yang aku mempunyai kawan-kawan seantero malaysia yang mana mereka ini sangat suka kalau aku menunpang di rumah mereka untuk bermalam daripada aku bermalam di hotel atau di masjid2......kadang-kadang ni la gunanya kawan, yang sentiasa berada dgn kita tidak kira di mana kita berada.

Aku sangat berharap yang aku akan berterus-terusan bekerja seperti ini....orang kata pergi out station la....hehehe..macam satu kebanggaan plak bila pegi outstation ni. mana tau di masa depan, aku bukan saja dapat beroutstation di dalam malaysia saja..malah di luar negara jugak...Insya Allah. Doakan aku kengkawan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...