Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

RIP - Steve Jobs Meninggal Dunia

Hari ini aku dapat berita bahawa pengasas dan bekas CEO Apple Inc. telah meninggal dunia dalam usia 56 tahun. Walaupun aku bukan seorang appletards dan agak anti dengan produk keluaran Apple, tapi aku amat mengagumi Steve Jobs sebagai seorang inventor dan usahawan hebat. Sebagai mengenang beliau sila layan video dan infografik di bawah yang sangat memberi inspirasi kepada kita dalam menjalani kehidupan. Ya kadang-kadang aku rasa orang bukan Islam lebih pandai menilai erti hidup dan bagaimana menikmatinya.

Klik untuk saiz lebih besar







Sumber infografik : thedailybeast.com
Thanks to @amrulazmi for the videotip

Sunday, December 12, 2010

Wanita Bodoh Menuntut Matahari Adalah Miliknya

Berita ni sebenarnya dah lama. Tapi rasanya aku nak remind balik kat sini. Mungkin korang pun dah baca pasal pompuan Spain ni. Dia telah mendakwa bahawa matahari merupakan miliknya Dan akan mengenakan caj kepada semua pengguna matahari di dunia. Angeles Duran 49, telah membuat tuntutan kepada satu badan tuntutan di Spain untuk tuntutan tersebut sejak September lepas. Katanya beliau telah ada surat perakuan sah untuk menuntut bahawa matahari sekarang adalah miliknya.

Aku tak faham ada orang sebodoh ni dalam dunia. Katalah dia cas kat aku pakai cahaya matahari, aku taknak bayar, boleh ke dia halang aku daripada menggunakan matahari. Atau boleh ke dia power off matahari tu dari terkena pada aku? Idiot Spanish.


Surat pengesahan kononnya dah sah la dia pemilik matahari.

Yang keluarkan pengesahan tu pon sama bodoh.


Post asal: Daily Mail

Thursday, December 2, 2010

Catch Me If You Can - The Malaysian Version

Aku macam nak tergelak hari ni bila baca berita pasal seorang "doktor" di Klang. Doktor tipu ni sebenarnya adalah seorang bekas askar. Beliau telah menyamar menjadi seorang doktor selama lebih kurang 2 tahun dan telah menyambut kelahiran 9 orang bayi dalam tempoh "perkhidmatan" beliau sebagai "doktor."

Semuanya terbongkar apabila salah seorang staff klinik swasta berkenaan telah membuat laporan polis terhadapnya kerana mencabulnya semasa bekerja. Siasatan menunjukkan beliau hanya ada diploma di dalam bidang perubatan dan pernah berkhidmat di hospital tentera di Melaka sebelum menjadi seorang "doktor."

Yang peliknya tu 'doktor' berkenaan 'Dr.' Helmi Abdul Hamid dah pun bekerja di tiga klinik swasta sejak dua tahun lepas. Apa majikan dia tak check ker? Penipuan di siang hari. Aku teringat satu filem yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio yang juga melakonkan penipuan ala-ala doktor ni. Tapi dalam cerita tu lagi banyak profession yang dia tipu termasuklah peguam dan juruterbang. Tak sangka di Malaysia pun ada juga conman ala-ala Frank Abagnale Jr.


Tapi aku rasa kalau nak buat movie pasal doktor ni boleh buat tajuk "I am Busted."
HAHAHA


Credit to - Utusan Malaysia

Wednesday, December 1, 2010

Pakai Gelang Merah Ketika Period

Di Norway, para pekerja wanita diarahkan untuk memakai gelang benang merah ketika waktu bekerja sekiranya mereka datang bulan pada minggu tersebut. Tujuannya adalah kerana memberi 'silent explanation' kepada bos sebab mereka kerap ke tandas berbanding dengan hari-hari lain yang tidak 'kotor'.

Perkara ni dikuatkuasakan kerana para bos syarikat di Norway hendak mengurangkan 'lost of productivity' yang kononnya disebabkan oleh kekerapan ke tandas oleh pekerja wanita. Kajian juga menunjukkan bahawa 1 daripada 3 syarikat di Norway telah memasang CCTV di dalam tandas pejabat mereka.

Apa la punya annoying orang Norway ni obsess sangat dengan kerja diorang. Sampai orang nak ke tandas pun nak control ke. Tapi rasanya kalau di Malaysia dibuat macam ni, mau jadinya huru-hara orang marah. Tapi aku ada satu cadangan, apa kata kalau diorang period tu pakaikan gelang AC Mizal? Nampak glamour skit ya'll. LOL....


Kalau period kena pakai gelang ni kat Norway.

Sumber asal : Daily Mail

Tuesday, November 23, 2010

Afghanistan Yang Kasihan

CBS hari ini melaporkan suatu kajian yang dibuat tentang rakyat Afghanistan mengenai peperangan yang melibatkan mereka dan tentera US. Keputusan yang memeranjatkan apabila kajian itu menunjukkan 92% daripada mereka tidak tahu apa-apa tentang peristiwa 9/11 yang sudah hampir menjangkau 10 tahun itu. Then for what they are fighting back for? Ya, mereka hanya tahu tentera Amerika datang kerana hanya hendak memusnahkan Islam. Dan atas sebab inilah yang mereka melawan selama ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang 9/11. Poor Afghanis. Inilah yang dikatakan sebagai perjuangan. Perjuangan yang paling ikhlas yang pernah aku dengar dalam sejarah peperangan moden. Sesungguhnya Amerika jahannam itu telah melakukan suatu pencabulan besar-besaran kepada mereka ini seperti orang tua yang merogol kanak-kanak yang tak mengerti apa-apa.


Askar Afghanistan yang menyerah senjata mereka seperti yang dipertontonkan kepada media pada 4 Nov lepas. Berlaku di Herat Afghanistan.


Sumber asal : CBS

Sunday, November 21, 2010

Juruterbang Mengantuk dan Terhempas

Berlaku di India kira-kira Mei lepas. Susulan siasatan terkini menunjukkan juruterbang yang mengantuk adalah menjadi punca nahas kapal terbang yang berlaku di India pada Mei lepas tahun ini. Air India Express yang terlibatdalam nahas itu telah mengorbankan 158 nyawa. Aku tak sure juruterbang pesawat itu Zlatko Glusica terselamat atau tidak dalam nahas tersebut.

Aku ingat memandu kereta ketika mengantuk saja yang boleh meragut nyawa. Rupanya menerbangkan pesawat pun mempunyai risiko yang sama jugak. Malah lebih banyak nyawa yang terlibat. Berhati-hati memandu di jalanraya dan di ruang udara.


Nasib baik jatuh tengah hutan. Kalau tengah bandar?


Berita asal Al-Jazeera

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...