Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Review Buku - TENTANG & KENTANG @Saharil Hasrin Sanin



Salam Ramadhan diucapkan kepada semua. Semoga dirahmati, diampunkan dosa dan terlepas dari siksaan api neraka. Aku terpaksa buat ucapan Salam Ramadhan sebab tak ada entri khas Ramadhan tahun ni (sebenarnya malas nak buat).

Aku adalah antara follower tegar blog Saharil sejak tahun 2007 seingat aku. Maknanya sudah 4 tahun. Tapi kebelakangan ni sudah kurang sejak Saharil tinggalkan blog itu tidak berupdate berbulan lamanya yang aku pon tak pasti kenapa (aku agak Saharil putus cinta sebab entri selepas cuti lama tu kebanyakan berbaur kisah pelik putus cinta). Tapi kini aku membaca blognya semula setiap hari sepertimana dulu. 

Aku pun tak ingat sejak bila aku tahu mengenai pengeluaran Tentang & Kentang. Tapi ada awalnya aku tak rasa  nak beli kononnya aku dah baca semua entri beliau di blog. Tapi oleh kerana ternampak buku tu di Pesta Buku Selangor di SACC aku terus rasa nak beli. Memandangkan aku bawak duit tak cukup so aku tak beli pon. Minggu berikutnya aku suruh wife aku beli online Tentang & Kentang dari blog Sinaganaga.

Aku mula membaca Kentang terlebih dahulu kerana ianya banyak grafik dan tak perlu menghadap lama-lama.     Membaca Kentang adalah seolah aku membaca komik Doraemon kerana setiap kali selepas membaca satu entri aku akan gelak berguling dari ruang tamu ke dapur. Tapi semasa berguling aku masih keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh Saharil dalam entri tersebut. Adakah Saharil sekadar berlawak atau sebenarnya memang punya mesej tertentu dalam setiap entri tersebut. Apa yang pasti lukisan dan lakaran cantik (lah sangat) tersebut membuat aku berfikir dalam apakah cerita sebalik ini. Dan aku cuma berharap agar Tentang mempunyai jawapannya.

Membaca Tentang agak berbeza dengan Kentang. Tentang agak lebih serius dan kadang kadang sangat serius sehingga aku hampir mengalir air mata membacanya (Tentang Radhi). Tapi keseriusan aku mahu menangis itu tidak kusangka hanya bersifat sementara. Bila membaca Tentang Gerakhas aku rasa mahu ketawa dan berlari laju-laju kearah dinding. Ya benar, aku hampir mahu langgar dinding itu. Saharil sebenarnya membuat luahan hatinya tentang sesuatu dalam bentuk tulisan menarik dan sedikit merogol tatabahasa Melayu agar ianya tidak menjadi bacaan berat. Aku tak pasti blog lamanya itu adakah sekadar beliau menulisnya untuk dirinya sendiri atau untuk bacaan umum ketika itu. Kerana tulisan-tulisan itu adalah sangat ikhlas dan telus. Aku harap Datuk Yusof Haslam tidak tersinggung kerana ciri ciri yang disindir Saharil itulah yang menyebabkan Gerakhas mendapat rating tinggi.

Kepada pembaca semua, kalau mahu tahu inilah dua buah buku yang mampu membuatkan anda rasa ingin terjun bagunan SPRM ketika membacanya. Tulisan ikhlas yang tidak berbohong serta sinis yang menyebabkan anda senyum sendirian seperti membaca surat cinta. Sebuah buku berkulit ala pornografi sehingga anda tidak sanggup membacanya secara terbuka di rumah mertua anda. Tulisan Saharil agak mempengaruhi aku dalam menulis blog, status facebook dan twitter. Penggunaan kurungan ( ) yang kerap menjadikan ayat itu lebih menarik dan kalau anda tidak baca tulisan dalam kurungan itu pun anda boleh faham ayatnya (tetapi tidak yang tersirat) yang cuba disampaikan oleh Saharil. 

Aku tahu Saharil mahu masyarakat sedar sesuatu. sesuatu yang kita selalu terlepas melihat melalui dimensi berlainan. Dan itulah menyebabkan kita selalu ditertawakan dan kita bertindak melulu dan bodoh terhadap sesuatu isu. Adakah dengan melulu menjadikan kita maju atau menjadi bodoh murakkab sahaja.

Sebenarnya aku amat berharap agar ada kesinambungan buku Kentang dan Tentang selepas ini. Walaupun di dalam Tentang sudah ada sedikit jawapan dari Kentang, namun ia tidak merungkai kesemua lukisan aneh Saharil itu. Semoga Saharil akan terus menulis dan melukis (aku sangat berharap lukisannya jadi cantik satu hari nanti) untuk terus merogol minda masyarakat agar melihat sesuatu itu dari satu sudut dan berprejudis akan sesuatu yang berlaku.

Monday, July 18, 2011

Review Buku - PECAH by @nizambakeri



Novel Pecah adalah novel pertama yang aku beli semenjak aku dewasa (dewasa la sangat). Sebenarnya Pecah adalah suatu novel yang jalan ceritanya sebagai suatu yang di luar jangkaan kepada aku yang membacanya. Mungkin juga aku tak pernah membaca karya seperti Ramli Awang Murshid atau Ahadiat Akashah. Oleh yang demikian aku mungkin tidak dapat mengagak jalan cerita seterusnya walaupun sudah membaca separuh jalan novel ini.

Sebenarnya dalam Pecah ada dua watak utama dan dua situasi semasa yang diceritakan berselang-seli oleh Nizam Bakeri. Ini adalah ciri-ciri menarik novel ini. Pendekatan yang tidak mendatar dan non-straight forward storyline menyebabkan aku rasa ingin melompat untuk melangkau muka surat bagi mengetahui cerita sebenar sesebuah watak itu sebelum dikembangkan. 

Di dalam Pecah sebenarnya aku hampir tersalah anggap bahawa watak  utama cerita ini bukanlah hero dalam cerita ini. Ianya adalah cerita seorang lelaki tua yang banyak melakukan kesilapan pada waktu mudanya dan akhirnya menghabiskan  usia tuanya di rumah orang tua dan akhirnya mati sendirian. Rentetan itu telah menghasilkan watak jahat kedua iaitu anaknya yang akhirnya memusnahkan rumahtangga seorang peguam yang merupakan hero dalam novel ini.

Dari segi penulisan aku amat suka tulisan seperti ini kerana ianya kelihatan bersahaja, realiti kehidupan sebenar dan tidak membosankan kalau sekiranya 24 jam berbahasa baku seperti dalam skrip Gerakhas yang poyo itu. Tulisan ini juga menggambarkan keharmonian 1 Malaysia (lah sangat) yang mana penglibatan semua kaum dalam watak-watak cerita ini. Kesungguhan penulis ini mengambil situasi dan tempat sebenar lokasi penceritaan adalah satu pendekatan yang bagus. Ini hampir menunjukkan atau pembaca yang mengetahui tempat tersebut akan lebih merasai dan menyelami situasi itu bila mengunjungi tempat sebenar penceritaan oleh penulis. Aku suka dialog dalam novel ini. Penggunaan bahasa pasar dan suara hati watak adalah antara suatu yang sangat menyelami jiwa sebenar watak dalam cerita ini. Selain itu penggunaan kosa kata yang jarang digunakan juga menyebabkan aku teruja sehingga terpaksa mencari thesaurus Bahasa Melayu.

Dari segi kelemahan pula aku rasa dalam penceritaan kaedah siasatan polis yang diceritakan mungkin boleh dipertingkatkan dari segi kompleksitinya. Mungkin dalam novel ini kebuntuan polis mencari bukti dilihat terlalu lama dan menonjolkan sikap polis yang semberono menangkap orang yang disyaki. Mungkin itu yang cuba diungkapkan oleh penulis tentang polis Malaysia. Cerita ini aku boleh katakan sejenis cerita ala Leverage atau filem Ocean Eleven, Twelve dan Thirtee atau juga Italian Job versi Malaysia.

Kesimpulannya aku boleh bagi Nizam Bakeri 4 Bintang untuk effort beliau dalam menghasilkan novel ini. Ahu harap Nizam Bakeri akan menjadi penulis favorite aku dan akan terus menulis di masa akan datang dalam geng FIXI jugak. Kepada yang belum baca sila beli dan kepada yang dah beli sila baca dan kepada yang baca sila habiskan. Setelah habiskan silalah buat review di blog atau tweet di akaun twitter @nizambakeri.

Wednesday, July 13, 2011

Cerita Tentang Membaca - Pra Review Buku Fixi PECAH

Mungkin ini adalah buat pertama kali aku menulis di blog ini review buku. Mungkin sebab aku agak lama meninggalkan hobi membaca ni. Tapi akhirnya mood membaca datang semula pada usia aku hampir mencecah 30 tahun (dah tua dah). Sebenarnya seumur hidup aku memang aku tak pernah beli novel. Seriously tak pernah. Pecah merupakan novel pertama yang aku beli selama aku hidup atas muka bumi tuhan ni. Kalau ada pun aku beli buku cerita masa aku sekolah rendah dulu. Dah lama dah beb. 

Tapi itu tidak membawa makna aku tidak pernah membaca novel. Masa aku kecil dulu seingat aku ada novel banyak siri penyiasatan Siri Salmah dan Hardy Boys. Buku-buku  tu berlambak kat rumah yang aku tak tahu sapa punya. Pada satu musim cuti sekolah tu mak aku menyuruh aku membaca buku-buku tu. Dan aku pun baca la buku tu semua. Rasanya hampir sepuluh buah buku tu aku habiskan membacanya dalam tempoh sepanjang cuti sekolah tu. Disebabkan semua buku tu adalah buku cerita penyiasatan ianya mungkin punca aku germar menonton CSI dan lain-lain cerita penyiasatan sehingga kini. Nasib baik hari ini aku tak jadi seorang detektif.

Pada asalnya aku memang dah start mula membaca semula pada tahun 2010. Sepanjang aku tak membaca buku, aku lebih tertarik pembacaan di atas skrin. Ya, aku lebih gemar membaca di skrin dari membaca di kertas. Sampai aku bercadang membeli tablet dan membeli buku digital untuk membaca. Disebabkan bajet yang tak cukup nak beli tablet so aku membaca di smart phone Android aku tu. Bosan. Skrinnya terlalu kecil untuk membaca tulisan-tulisan.

Akhirnya aku terjebak dengan Twitter. Seriously memang twitter sangat addictive. Di twitter aku mula berkawan dengan blogger-bloger terkenal dan juga para penulis buku. Pada asalnya aku tak tahu pun mereka adalah penulis buku walaupun aku sudah follow mereka sudah lama. Tapi bila mereka mula mempromosi buku-buku tulisan mereka aku rasa teruja. Teruja kerana aku tak sangka kawan-kawan merapu di twitter adalah penulis-penulis hebat. Atas dasar kawan so aku pon cuba-cuba nak membaca tulisan mereka. Di Pesta Buku Selangor aku pun membeli buku Rojak oleh Amir Muhammad dan Pecah oleh Khairul Nizam Bakeri. 

Ternyata percubaan ini tak sia-sia kerana cara penulisan mereka yang agak bersahaja dan tidak terlalu terikat dengan hukum bahasa menyebabkan aku terus untuk membaca lagi. Akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa, kalau aku mahu membaca aku mesti mempunyai du bahan sekaligus. Satu bahan adalah bahan ilmiah yang berat seperti buku agama atau falsafah dan satu lagi adalah buku bacaan ringan seperti novel atau himpunan certot. Bacaan ringan ini perlu untuk aku mengekalkan mood membaca supaya tidak bosan membaca buku falsafah.

Terima kasih kepada sahabat twitter yang menaikkan semula mood membaca aku. Anda tidak akan rugi kalau membaca kerana kita semua tahu bahawa kunci ilmu memang berpunca di situ.


Buku Fixi aku beli kat Pesta Buku Selangor

Wednesday, February 16, 2011

P1 Now In Melaka


Yahoo.... P1 dah sampai Melaka. Dan dengan sukacitanya aku nak menunjukkan speedtest P1 yang baru aku buat kat kedai kawan aku nih. Haaa.... puas hati? So korang takyah la subscribe P1 ni kat Melaka. FAIL!. Tunggu je Unifi dalam tahun ni jugak akan launching, Bila tu aku tak tahu. Tunggu jer la. Tak pun korang pakai jer Streamyx.

Tuesday, December 7, 2010

Inspira VS Lancer

Proton bulan lepas telah melancarkan model baru keluarannya iaitu Proton Inspira. Katanya Proton bukan hanya sekadar menukar lambang Mitsubishi kepada Proton, tapi ianya diperbaiki lagi mengikut citarasa Proton sendiri. Apa-apapun harga Proton Inspira memang jauh lebih murah dari Lancer. Cuma dari segi kualiti aku tak sure sebab belum dengar ada kawan-kawan aku yang dah pakai Inspira ni.

Lagipun aku ada sedikit kecewa kerana aku ada jugak plan nak beli Lancer tu. Tiba-tiba Proton keluarkan klon Lancer pulak. So batalkan niat ajelah. Aku taknak buat apa-apa review pasal Inspira VS Lancer ni. Cuma aku ada kumpulkan sikit gambar-gambar kat bawah ni untuk korang nilai kualiti kedua-dua model ni. Jangan lupa ye kat bawah sekali tu ada parody Hitler pasal Inspira ni. Just for fun. Hahahaha.

Memperkenalkan Proton Inspira





VS






Monday, November 22, 2010

The Phone Story

Aku memang seorang penggemar teknologi. Namun macam tu aku bukanlah seorang yang jenis pakai barang sekejap lepas tu tukar beli lain. Aku suka guna suatu gadget tu dengan fully utilize sampai gadget tu jahanam then baru aku beli yang baru. Baru-baru ni aku beli HTC Wildfire untuk wife aku tapi aku pakai dulu sementara aku nak beli phone lain. So dalam history hidup aku ni adalah first time aku beli smart phone yang touch screen. Memang agak mengujakan pakai smart phone ni terutamanya bila sedang explore features-features baru yang tak pernah ada pada phone lama aku tu (SE W660i). Malangnya phone lama aku tu hilang ketika aku belum sempat nak transferkan data dan no phone aku yang beribu dalam tu.

Anwway, bukan nak cerita pasal HTC Wildfire atau SE lama aku tu. Tapi nak cerita new target aku sebelum habis tahun ni iaitu HTC HD7. Pada asalnya aku nak sambar HTC HD2. Tapi memandangkan ada new version of HTC in HD family ni, rasanya nak sambar yang ni kot.

Kenapa aku stim sangat dengan HTC ni berbanding satu lagi smartphone yang menjadi kegilaan ramai -- Blackberry. Aku dah usha Blackberry ni dekat 3 bulan lepas. Setiap kali aku pergi kedai, pegang mana-mana model Blackberry, aku akan tanya diri sendiri. "Why should I buy something that I'm not interested but crazy by others?" So aku decide tak ambil Blackberry. Aku tak stim. Apsal tah. Mungkin sebab interface yang tak berapa cun atau aku tak nampak apa yang menarik dalam Blackberry tu.

Kat bawah ni aku ada post video HTC HD7. Berplatformkan Windows Phone 7. Ada GPS, Bluetooth, WiFi, dan lain-lain fungsi yang wajib ada pada smart phone. Aku tak berapa pandai nak review phone ni sebab ni la first time aku menulis review pasal phone ni. So layan jer video kat bawah ni. Kalau aku dah pakai nanti aku review secara banyak yang boleh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...