Showing posts with label cool. Show all posts
Showing posts with label cool. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Gambar Emping Salji (Snowflakes) Yang Menakjubkan

Di Malaysia sekarang ni musim hujan yang banyak mengakibatkan banjir di seluruh negara. Tapi kini di barat, salji telah mula turun sebagai tanda permulaan musim sejuk (sebenarnya aku pon tak pasti bila mulanya musim sejuk). Timofey Cherepanov, 62, telah menghabiskan masa berjam-jam lamanya mengambil gambar makro snowflakes. Dan hasilnya adalah sangat menakjubkan. Selama ni aku ingat snowflakes ni ada satu bentuk sahaja, ternya ianya mempunyai pelbagai bentuk. Sungguh besar kekuasaan Allah.








































Laporan Asal : Daily Mail

Wednesday, February 2, 2011

Camouflage Yang Sangat Cool

Sekali pandang, gambar-gambar ni kelihatan biasa saja dengan teknologi super impose menggunakan picture editing. Tapi sebenarnya ia adalah teknik penyamaran yang dibuat secara manual dengan menggunakan cat. Artis tersebut telah menggunakan cat untuk menyamakan gambarnya dengan background yang ada di belakangnya. Kerja-kerja ini dilakukan oleh Liu Boulin yang berasal dari China dengan 2 orang pembantunya. Beliau telah melakukan kerja-kerja ini setelah tempat kerjanya telah ditutup oleh kerajaan kerana membangkang kerajaan China. Beliau mendapat idea seni ini dengan intention untuk melarikan diri dari buruan kerajaan maka terhasillah idea penyamaran ini yang menjadi karya seni akhirnya.

Kadang-kadang suatu yang kita terpaksa lakukan akhirnya menjadi sesuatu yang mengubah hidup kita akhirnya. Dan bekemungkinan ianya menjadi suatu yang menguntungkan. Liu Boulin ni bakal membuka galerinya sendiri di New York Tahun ni.



Sumber asal : Daily Mail

Wednesday, November 17, 2010

Bahasa Kita

Tahukah anda kita terkadangnya selalu mengagungkan bahasa Inggeris sehingga dalam sesetengah perkara kita lebih gemar berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu. Akan tetapi percayakah anda yang Mat Saleh tu juga sebenarnya suka belajar dan berbahasa Melayu lebih daripada kita menghargainya. "Oh, I'm feel silly when I speaking in Malay." Mesti anda tahu pasal isu ni yang melibatkan seorang pelakon terkenal pada satu malam anugerah beberapa tahun lepas.

Aku post video kat bawah ni sebagai nak tunjukkan kadangkala orang asing lebih menghargai bahasa kita lebih dari bangsa kita sendiri. Siap buat satu parody sebagai tribute kepada P. Ramlee. So fikir-fikirlah. Bahasa Jiwa Bangsa.








Cayalah lu bro!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...