Saturday, February 28, 2009

Yang Lama Bertemu Sua

Terkadang aku terfikir sendiri, adakala bila kita bertemu sua dgn seseorang yang telah lama tak berjumpa, apakah tanggapan pertama orang itu pada kita setelah suatu tempoh panjang dan akhirnya bersua kembali. Apakah kita menjadi seorang yang lebih baik pada masa lepas atau menjadi yang sebaliknya pada hari ini.

Sepanjang minggu ni aku telah berjumpa dengan beberapa orang yang telah lama aku tak jumpa. Seorang guru yang yang pernah mengajar aku dahulu, seorang kawan yang tidak tinggal yang sama tempat dengan aku dan seorang yang pernah bersahabat baik dgn aku pada suatu masa sebelum dia mengubah status dari bujang kepada seorang yang sudahpun berkahwin.

Memang pastinya bila bertemu sua tu akan menjadi sebuah perbualan yang agak panjang. Menanya kabar kehidupan sepanjang tempoh tidak berjumpa dan memberi kata dan semangat sebelum pulang kembali membawa haluan masing2 sebelum berpisah. Kita terkadang lupa bila kita sentiasa berada bersama seseorang, kita tidak ingat kita bakal tidak akan bersamanya lagi di masa depan seperti hari ini. Tidak kiralah apa jua sebabnya, sama ada keadaan yang menjadi punca, atau perpisahan yang pasti iaitu mati.

Hari ini kalau seorang yang kita sayang masih bersama, kita harus ingat pasti suatu masa yang kita pasti berpisah dengannya. Mungkin sekalipun sedikit tidak terlintas di hati kita akan ketentuan ini atau kalau ingatpun sekadar mengabaikannya hanya sekadar beranggapan yang perkara seperti ini akan tidak perlu difikirkan dulu ketika masa ini. Akhirnya kita akan menjadi seorang yang sangat tidak bersedia akan kepastian itu yang menyebabkan kita akan seolah hilang iman hanya kerana tidak mempersiapkan diri akan keadaan ini.

Hidup di dunia ini hanyalah suatu wasilah kepada hadaf yang pasti iaitu kepada dia yang Maha Kekal dan Abadi. Dari dia kita datang dan kepadanya kita kembali.

Friday, February 27, 2009

Jika Itu Pilihannmu

Bagaimana dia menghancurkan aku,
Percayalah kau tak aku sesali.
Bagaimana mungkin jika itu pilihanmu,
Di sini tak lagi jadi rumahmu.
Kau tak selalu bisa punya yang kau inginkan.
Relakanlah semua, berakhirlah sudah,
Dan biarkan bintang, menuntunmu pulang.

Tak tahu kenapa aku suka dgn kata2 ini. Seolah aku berharap yang mereka itu datang kembali dan aku memulangkan kata-kata ini pada mereka. Walaupun pada hakikatnya kelibat mereka itupun aku tak mahu nampak.

Mereka punya pilihan, yang sudah tentunya pilihan itu adalah suatu hak. Mereka punya hak, dan hak itu adalah suatu yang membolehkan mereka membuat pilihan. Tiada apa yang mampu memaksa perasaan, tak ada satupun yang boleh menghalang mereka membuat pilihan. Kita terkadang membuat suatu pengorbanan yang memberi kekalahan pada diri kita. Tapi mungkin hanya pada masa itu. Tidak pula pada masa hadapan. Mengapa perlu mengalah untuk kalah? Sedangkan kalau kita hanya mengistilahkan kemenangan hanya pada satu dimensi sahaja dan tidak dilihat pada satu sudut yang lain.

Takdir dunia sememangnya sebegitu. Sangat subjektif. Suatu kejadian yang berlaku, tidak mengobjektifkan suatu pilihan sementara. Hanya sekadar jalan menjadi pengajaran semasa. Kerana objektif dan detinasi yang masih belum sampai, maka wasilah-wasilah ini yang harus dilalui sebagai memenuhi kehendak tuhan yang mahu kita belajar tentang hadaf sementara. Mengimani dia, agar kita tahu dan pasti, kita masih hambanya yang terikat dengan perjanjian azali.

Kita masih punya pilihan, kita masih punya masa dan kita masih mencari jalan. Pilihan jalan itu sangat penting kerana kita kesilapan kita memilih jalan akan menjadi cermin hidup di masa depan. Suatu yang harus ditanggung sebagai akibat bila sampai di masa depan. Hari ini adalah masa depan pada apa yang dilakukan pada masa yang lepas.
Kalau itu mahumu, itu adalah pilihanmu. Kalau ketika itu aku pilih jalan itu, pasti kini aku masih di situ dan akan terus dalam kerabaan walau kupunya obor menyuluh jalan gelap itu, kalau itu mahumu, jangan kata aku tidak pernah mengingatkanmu.

Monday, February 23, 2009

Kini aku di sini

Kalau dulu aku masih di sana, mengira embun di malam hari hingga ke pagi, menanti suatu yang aku sendiri tak pasti. Kini di sini aku memegang segala apa yang tuhan telah turunkan dari langit, dgn perjanjian-perjanjian azali yang telah dia sebutkan dulu dan dalam perjalanan menuju ke sana.

AKu tahu hari ini pasti tiba, cuma aku tak tahu bila saat tiba waktu. Kalau aku masih di situ, aku pasti iman2 yang ada ini sudah pasti rosak hanya kerana menyalahkan kuasaMU yang punya janji yang sudah pasti akan kau tunaikan. Dan akhirnya aku di sini.

Kalau dulu penyesalan dan air mata itu seolah rintihan, kini aku tahu sebenarnya ianya adalah tanda yang KAU menyayangi aku pada hari ini.KAU mahu aku menangis semalam kerana KAU tidak mahu aku menangis esok yang bakal menjadi penderitaan jiwa dan penyesalan seumur hidupku. Yang lepas jadikan sempadan. Jangan sekali menoleh kebelakang memecah semula sempadan yang telah dibina hari ini.

Tuhan, tiada cinta seagung cintamu. Tiada kasih setegar kasihmu, dan tiada sayang semurni sayang mu, kepada hambanya.....Seperti AKU.

Thursday, February 19, 2009

Kita Pasti Ke Sana

Memang kita sudah maklum, bila kita sampai saja ke sini, memang di sanalah tempat yang kita pasti akan pergi. Bila kita sampai di sini, bukan semua yang ada pada kita adalah milik kita. Dan pabila kita di sini kita akan menggunakan segala pinjaman ini yang semutlaknya milikNya sebagai sandaran atau loncatan untuk kegunaan di sini atau juga untuk bekalan kita ke sana. Kerana kita semua pasti yang kita pasti akan ke sana. Inilah namanya Takdir Pasti.

Kalau semalam kita sudah panggil sejarah, hari ini kita panggil usaha dan pastinya esok kita panggilnya masa depan. Dan seterusnya hari ini akan jadi sejarah, esok akan jadi usaha dan lusa akan jadi harapan di mana kita mengusahakan usaha hari ini yang bakal menjadikan sejarah esok yang akan dikenang di masa hadapan yang dahulunya merupakan harapan.

Kita pasti akan ke sana. Sana itulah yang dinamakan sebagai masa depan. Usaha hari ini yang disertai harapan bakal mencatatkan sejarah yang dikenang pada hari esok. Takdir dunia, memang suatu yang kita tidak pasti, tapi usaha kepadanya adalah masih perlu kerana dunia ini adalah jalan yang punya matlamat pendek dan matlamat panjang ke sana kepada suatu takdir pasti. dan terkadang kita lupa yang takdir dunia ini yang tersangat kita kejarkan sehingga kita lupa syariat yang membataskan.

Berdoalah agar takdir dunia kita akan menjadi yang terbaik untuk kita bekalkan untuk akhirat kelak. Belum tentu suatu yang kita minta merupakan yang terbaik untuk kita yang kita tidak tahu mungkin bakal merosakkan kalau ianya terjadi. Berharaplah agar kita sentiasa tergerak untuk berharap dan meminta suatu yang DIA tahu ianya merupakan yang terbaik untuk kita.

Sunday, February 15, 2009

Entri Puitis Di Sini

Aku nak ucapkan terima kasih karana kalian kelihatannya masih di sini membaca dan menjengah perkabaran baru dari aku. Aku tahu mungkin bukannya ada apa faedahnya kalau singgah di sini, hanya sekadar mendengar cerita dan pendapat aku tentang kehidupan di bumi ini dan juga di alam maya ini.

Aku tau mungkin suatu kepelikan atau kejelikan bila entri-entri di sini kelihatan agak puitis yang mungkin akan menyebabkan ada yang nak terloya dan termuntah bila membaca entri yang berbentuk sedemikian rupa. Especially kepada kawan2 yang mengenali diri aku, memahami sikap dan perilaku aku. Dan bila di sini menjadi puitis, kalian pening, malas membaca dan sebagainya. Datang pula rasa menyampah dengan bahasa berbunga-bunga.

Tapi mungkin itu suatu yang kalian sendiri tak tahu, yang mana sememangnya aku sebegitu. Sememangnya aku menyimpan bakat itu (bakat ker?), yang sebelum ini tidak ada tempat nak disalurkan. Bila ada blog ini, kelihatannya semua idea, curahan perasaan, pemikiran dan kupasan perkara semasa aku buat di sini. Blog ini sebagai hobi mengisi masa lapang yang kadang2 tak lapang jugak. Dan aku rasa blog ni punya sentuhannya yang tersendiri dan bukan sekadar bual bicara kosong semata.

Aku sangat mengalu-alukan komen2 dari entri yang aku buat di sini. Kita boleh bertukar pendapat dan fikiran yang akan membuahkan suatu yang boleh diambil tindakan yang boleh membawa hasil yang berkesan. Tentang kepuitisan di sini, hanya sekadar aku meluahkan rasa hati kepada sesiapa yang mungkin tidak disebutkan di sini. Cukup sekadar aku nyatakan apa berlaku dgn tidak mendedahkan orang2 yang terlibat dalam kejadian yang aku sebutkan di sini.

Aku mungkin akan mula menceritakan hal2 yang berkaitan dgn kawan2 dan yang tersayang secara khusus di sini mulai esok. Kepada kawan2 yang rasa nak diexpose dirinya di sini, bolehla contact aku dgn menghantar email atau komen atau cukup bgtau kat shoutbox yang disediakan. Jgn lupa, aku akan menceritakan hal kalian dalam konteks kacamata aku. So kalau ada yang terlebih atau terkurang terlebih dahulu aku mintak maaf terlebih dahulu. Besar kemungkinan aku akan sertakan gambar kalian sekali di sini. Penyertaan dari geng SULTANATED adalah amat dialu-alukan. So ada la isu atau bahan yang nak dibincangkan di gathering harian. Aku dah bosan mencipta dan menjawab teka teki.

Tak lupa juga kepada semua sahabat blogger yang aku kenal secara fizikal atau di alam maya sahaja. Mungkin kalina juga akan menjadi modal penceriataan di blog aku di sini. Aku tgk ramai sahabat2 aku dari UM dah mula jadi blogger. Tak kira apa isu yang dibincang, tapi kalian tetap seorang penulis blog. Akhir sekali, selamat maju jaya kepada semua dan happy blogging.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...