Kita tidak datang ke sini untuk membuat pilihan kerana kita telahpun membuat pilihan itu. Kita hanya datang ke sini hanya kerana untuk memahami kenapa kita membuat pilihan itu.
Tuesday, April 13, 2010
Pembohongan Terhadap Al-Masih - Part 2
Mengapa Horus diambil sebagai ikon pembohongan Messiah ini? dan apa pula perkaitannya dengan Dajjal? dan adakah agama Kristian itu juga sudah menjadi salah satu daripada kepercayaan Paganisme sepertimana yang diamalkan oleh pengikut Kabbalah dan Luciferian?
Pada asalnya, agama Kristian merupakan salah satu agama suci yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi Isa. Nabi Isa akhirnya telah diangkat ke langit dan dijanjikan oleh Allah akan didatangkan semula untuk kali kedua sebagai menyelamatkan dunia dari fitnah Dajjal yang juga mengakui dirinya juga sebagai al-Masih yang sebenarnya satu pembohongan dan adalah tipu daya syaitan.
Selepas ketiadaan Isa, pengikut paganisme telah menyelewengkan ajaran Nabi Isa dengan mengaitkan nabi Isa sebagai Tuhan atau anak tuhan sebagai jelmaan penyelamatan dalam bentuk manusia. Mitos Horus pula yang dikaitkan dengan sejarah Isa telah menyebabkan Kristian juga sudah menjadi sebuah agama pagan dan tidak lagi sebagai agama yang suci datang dari Allah dengan kemuliaan para rasulnya.
Bentuk salib pada sebenarnya adalah simbol kepada paganisme. Kematian palsu Isa yang disalib dijadikan titik tolak kepada salib ini untuk dijadikan simbolika kepada ritual penyembahan kepada Jesus.
Secara tidak langsungnya, kekeliruan timbul apabila Horus dikatakan menjadi tuhan bermata satu yang juga adalah significant kepada kebangkitan Dajjal di akhir zaman nanti. Secara tidak langsung juga, kekliruan ini juga menjadi akidah kristian yang mana penyembahan tuhan di dalam agama kristian juga adalah penyembahan kepada Horus yang dikaitkan dengan Dajjal.
Entiti Dajjal sebenarnya bukanlah Horus (Rah), dan Horus bukanlah Isa dan Isa juga bukanlah Dajjal. Kita telah ditipu dan dibohongi. Sesungguhnya yang haq tetap adalah haq dan akan sentiasanya membatalkan yang batil.
Saturday, March 27, 2010
Menjamin, Terjamin atau Dijamin
Akan tetapi mampukah kita mengadakan apa yang diminta oleh majikan kita atau sebenarnya kita hanya berniat untuk mendapat gaji, elaun, insentif dan bonus sebagai ganjaran tanpa ada memberi sebarang sumbangan yang baik terhadap organisasi kita? Tidak pernah terfikirkah kita bahawa apa yang sangat diperlukan adalah komitmen kita sendiri terhadap organisasi dan membina kemajuan bersama teramat penting?
Seolah-olahnya sudah tidak percaya pada Tuhan. Cuba meletakkan jaminan itu sebagai cagaran kepada hidup seolah-olah hidup tidak bermakna lagi kalau tidak memiliki sebarang pekerjaan. Kita sudah hampir lupa perjalanan dan perjanjian roh ini. Minda yang termanipulasi oleh dakyah palsu itu sebenarnya melupakan kita dari tujuan hidup di sini.
Mengapa tidak berani menjamin diri sendiri dalam pada hendak menerima sebuah pekerjaan? Adakah kita lebih mempercayai orang lain daripada diri sendiri untuk kita terus hidup di masa depan?Mengapa jaminan masa depan itu diletakkan kepada orang lain dan tidak dengan meletakkan kepada diri sendiri?
Harus malu dengan diri sendiri. Bercakap seolah hilang jatidiri. Walau sebesar mana gulungan ijazah diberi, tidak bermakna sedikitpun kalau akal berharga tidak dijadikan panduan diri.
Saturday, March 20, 2010
Pengertiah al-Masih
Dalam konsep al-Masih atau Messiah ini menjadi suatu erti kata yang lain. Ianya adalah kedatangan kedua nabi Isa a.s yang sebagai penyelamat (salvation) umat di akhir zaman sebelum berlakunya hari kiamat. Tidak ada nabi lain lagi yang dikaitkan dengan messiah ini dalam mana-mana tiga agama samawi yang disebutkan lagi.
Mengapa al-Masih menjadi sangat penting?
Dalam ketiga-tiga agama ini, al-Masih menjadi sangat penting sebagai bantuan terakhir manusia yang hidup dalam kegelapan dan fitnah di akhir zaman. Isa a.s sebagai suatu kuasa besar positif yang akan menentang kezaliman dan fitnah dan menyelamatkan manusia daripada kesesatan. Dalam pada itu Isa a.s juga mempunyai musuh ketat yang terbesar yang merupakan kuasa besar negatif yang dikenali Dajjal al-masih palsu. Dalam Kristian Dajjal ini dikenali juga sebagai Antichrist; The False Messiah.
Kedatangan Isa a.s akan didahului dengan kedatangan al-Mahdi seorang yang dilahirkan dari keturunan Muhammad s.a.w. sebagai persiapan memperkemaskan bala tentera Allah yang akan menentang tentera Kafir Dajjal laknatullah. Peperangan akhir itu akan berlaku dan Dajjal al- masih itu akan dibunuh Isa a.s dan Dajjal akan cair seperti garam di dalam air.
Kita masih tidak tahu, di tahap manakah kita di akhir zaman ini kerana tidak suatu apa pun kayu ukur yang boleh mengesahkan ketiga-tiga mereka ini. Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh Muhammad s.a.w. agar kita tidak tersesat. Semoga Allah memlihara kita semua dari fitnah Dajjal yang dilaknat.
Tuesday, March 2, 2010
Pembohongan Terhadap Al- Masih
Untuk itu mari kita lihat ketiga-tiga versi sejarah tentang al-Masih menurut sumber yang ada. Iaitu dari sumber Islam dan Kristian dan perkaitannya dengan Horus.
Cerita Horus.
Horus adalah tuhan matahari Mesir Purba sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Horus dilahirkan pada 25 Disember oleh seorang wanita suci bernama Mary. Kelahirannya dikaitkan dengan bintang timur Sirius disambut dengan tiga raja yang menyanjunginya. Menjadi guru pada umur 12 tahun, dibaptiskan pada umur 30 menjadi "Anop" dan menyampaikan ajarannya.
Horus mempunyai 12 pengikut yang menjelajah bersamanya. Beliau mempunyai mukjizat menyembuhkan penyakit, berjalan atas air dan sebagainya. Digelar sebagai anak tuhan, "Lamb of God", "The Light" dan lain-lain lagi. Setelah dikhianati pengikutnya Horus telah disalib dan dibangkitkan semula selepas tiga hari.
Dalam sumber lain Horus juga dirujuk sebagai anak kepada Isis (bapanya) yang mati dibunuh dengan dikerat seluruh anggota badannya oleh abang kepada Horus iaitu Set. Ibunya pula Osiris dikatakan tuhan selepas kematian.
Horus kemudiannya dikatakan telah bertarung dengan abangnya Set yang telah menyebabkan Horus buta sebelah matanya dan bersatu dengan matahari dikenali sebagai Rah Horakhty. Dia juga telah dikenali sebagai tuhan matahari atau tuhan bermata satu dan juga simbol bermata satu itu digunakan sebagai simbol "all seeing eye".
Cerita Tentang Isa Al-Masih (versi Islam diambil dari sumber Al-Quran)
Mengikut al-Qur'an, keturunan Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran, berlanjut dengan tumbuh kembangnya dalam asuhan Zakaria, serta kelahiran Yahya. Kemudian Qur'an menceritakan keajaiban kelahiran Isa sebagai anak Maryam tanpa ayah.
- (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah) (Qur'an surat Ali Imran ayat 45).
Isa a.s mempunyai mukjizat yang besar seperti menghidupkan orang yang mati, berjalan di atas air dan membawa padanya bersama Kitab suci Injil. Di pengakhirannya Nabi Isa diburu oleh kaumnya yang hendak membunuhnya maka Allah telah menyerupakan wajah nabi Isa dengan Yahuza seorang yang menentangnya ketika itu. Isa a.s akhirnya diangkat ke langit oleh Allah dan Yahuza yang disangkakan Isa itu akhirnya mati disalib.
Allah telah menjanjikan bahawa Isa a.s akan didatangkan semula pada akhir zaman sebelum kiamat untuk menentang Dajjal yang membawa fitnah yang paling besar di akhir zaman.
Cerita Tentang Al-Masih (versi Kristian)
Secara asasnya cerita tentang nabi Isa dalam versi Kristian adalah hampir serupa dengan versi Islam. Akan tetapi dalam pengakhiran cerita apabila nabi Isa diburu oleh kaumnya beliau telah ditangkap dan disalib. Suatu kejaiban berlaku apabila Isa kemudiannya dibangkitkan semula setelah 3 hari dan baru kemudiannya diangkat ke langit dan bakal didatangkan semula pada hampirnya hari kiamat.
Apa pula perkaitannya Isa, Dajjal dan Horus? saya akan kupasnya lagi nanti. Teruskan bersama dan jangan berhenti mengkaji.
Thursday, February 25, 2010
Luka Di Sini - Ungu
Dulu pernah ada cinta
Dulu pernah ada sayang
Namun kini tiada lagi perasaan seperti dulu
Kini tiada lagi kisah
Cinta ku telah musnah sudah
Hancur hati ku, telah kau sakiti perasaan ku
**
Biarkan ku pergi..
Jangan kau tanyakan lagi..
Ku yakin ini yang terbaik untuk kau dan diri ku
Biarkan berlalu,rasa cinta ini di hati..
Ku tak bisa untuk menahan, aku luka di sini