Friday, September 4, 2009

Hampa - To'ki



Toki - Hampa - Toki

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu...

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Oh... oh... oh


Thursday, September 3, 2009

Cinta Tak Semestinya Bersatu

Teringat sebuah katun dalam majalah Gila-Gila dulu. Mengisahkan si Kaduk yang tergila-gilakan seorang perempuan sehingga berbuat apa sahaja untuk mengambil hati perempuan tu. Dan temanya masih sama, cinta tak semestinya bersatu.

Suatu yang aku fikirkan yang mana sememangnya nikmat cinta itu hanya dirasai kalau ia tidak selalunya bersatu. Sebagaimana hamba yan merindukan tuhannya yang mana tidak pernah menrmui, tidak melihat dan hanya imannya itu menunjukkan kecintaannya itu.

Rasa rindu itu adalah mustahil bagi yang selalu ketemu dengan kekasihnya itu. Dengan rasa rindu itulah maka akan dapat dirasai nikmat cinta sebenarnya itu. Terkadang kita hanya berfikir dalam suatu kaedah sehala dalam mendifinisikan sebuah cinta. Dan kadangkala dengan tidak bersatu itu adalah lebih nikmat berbanding dengan cinta yang bersama.

Cinta abadi yang tiada pengakhiran adalah cinta Illahi. Tiada suatu manfaat atau mudharat yang boleh dikesankan oleh makhluk biasa seperti kita yang diciptakan oleh tuhan yang maha pencipta dan pencinta.

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhon

Bila tiba bulan Ramadhan kali ni, aku rasa sikit kelainan. Kealainan yang tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Biasalah, bila ada perubahan dalam diri, maka akan terasalah kelainannya. Apatah lagi kalau ada perubahan juga berlaku di dalam rumah kita.

Sekarang tinggal aku berempat je kat umah tu. Mak, Abah, Adik dan aku. Yang lain dah mulakan hidup masing-masing dengan pasangan suami/isteri mereka. Alhamdulillah semua dah selamat. Walaupun rumah tu agak sunyi sikit tapi rasanya masih lagi berseri-seri dengan cahaya keimanan penghuni di dalamnya.

Aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan atau lebih tepat lagi Selamat Berpuasa. Kepada mereka-mereka yang tak cukup puasanya tahun lepas, berazamlah supaya anda dapat berpuasa penuh pada tahun ini. Suatu kerugian yang amat besar kalau meninggalkan puasa dengan sengaja dan tak bersebab yang syarie. Semoga Allah merahmati kalian semua. Salam Ramadhan dan salam kerahmatan.

Wednesday, August 5, 2009

Di Mana Kita?

Baru-baru ni aku pergi ke Bahau kerana menziarahi saudara aku yang meninggal dunia di sana. Pagi tu aku kena pergi ke pasar di pekan Bahau untuk beli barang-barang keperluan yang hendak dimasak untuk kenduri arwah. Pasar kat pekan Bahau tu kecik jer. Kalau nak dibandingkan dengan Melaka Sentral tu memang jauh lebih kecil dari segi saiznya. Apa yang menarik perhatian aku kat situ adalah pasar tersebut menggunakan sistem yang canggih dalam menguruskan perniagaan peniaga-peniaga ikan di sana. Boleh diakatakan semua kaunter bayaran di sana menggunakan komputer dan laptop untuk menerima bayaran. Siap ada tiket printer untuk resit diberi kepada pelanggan.

Sistem yang digunakan juga sangat cepat dan efisen. So pembeli di sana memang tidak menunggu lama kalau nak buat pembayaran. Sistem yang diorang guna siap ada network yang aku rasa disambungkan ke bilik server yang berada di tingkat atas.

Aku tiba-tiba merasa malu pulak, sebab kat Melaka yang bermacam program dan pelbagai propaganda dan kempen diadakan belum mampu melahirkan masyarakat yang pemikirannya yang ke depan seperti di Bahau walaupun ianya hanya sebuah pekan kecil yang boleh dikatakan tidaklah semaju seperti yang ada di Melaka.





















Tuesday, July 21, 2009

Dua Rasa Beza

Sekarang sudah hampir setahun. Masa itu terkadang tanpa sempat dapat kira betapa lajunya ia. Dan terkadang kita telah jauh meninggalkan suatu yang kita paling mahu ingat pada suatu masa dahulu. Hari ini, sesuatu itu terkadang menjadi suatu yang paling kita hendak lupakan sambil kita merancang-rancang apa yang bakal dilakukan pada masa hadapan.

Gembira itu terkadang datangnya sangat sementara. Dan luka-luka yang sudah tinggal parut itu mungkin sudah hilang sakitnya kerana telah dijumpai ubat penawar jiwa lara yang dahulunya sejuk sepi yang akhirnya menjeruk hati dan menghabiskan sisa-sisa cinta lama yang telah mati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...