Thursday, February 19, 2009

Kita Pasti Ke Sana

Memang kita sudah maklum, bila kita sampai saja ke sini, memang di sanalah tempat yang kita pasti akan pergi. Bila kita sampai di sini, bukan semua yang ada pada kita adalah milik kita. Dan pabila kita di sini kita akan menggunakan segala pinjaman ini yang semutlaknya milikNya sebagai sandaran atau loncatan untuk kegunaan di sini atau juga untuk bekalan kita ke sana. Kerana kita semua pasti yang kita pasti akan ke sana. Inilah namanya Takdir Pasti.

Kalau semalam kita sudah panggil sejarah, hari ini kita panggil usaha dan pastinya esok kita panggilnya masa depan. Dan seterusnya hari ini akan jadi sejarah, esok akan jadi usaha dan lusa akan jadi harapan di mana kita mengusahakan usaha hari ini yang bakal menjadikan sejarah esok yang akan dikenang di masa hadapan yang dahulunya merupakan harapan.

Kita pasti akan ke sana. Sana itulah yang dinamakan sebagai masa depan. Usaha hari ini yang disertai harapan bakal mencatatkan sejarah yang dikenang pada hari esok. Takdir dunia, memang suatu yang kita tidak pasti, tapi usaha kepadanya adalah masih perlu kerana dunia ini adalah jalan yang punya matlamat pendek dan matlamat panjang ke sana kepada suatu takdir pasti. dan terkadang kita lupa yang takdir dunia ini yang tersangat kita kejarkan sehingga kita lupa syariat yang membataskan.

Berdoalah agar takdir dunia kita akan menjadi yang terbaik untuk kita bekalkan untuk akhirat kelak. Belum tentu suatu yang kita minta merupakan yang terbaik untuk kita yang kita tidak tahu mungkin bakal merosakkan kalau ianya terjadi. Berharaplah agar kita sentiasa tergerak untuk berharap dan meminta suatu yang DIA tahu ianya merupakan yang terbaik untuk kita.

Sunday, February 15, 2009

Entri Puitis Di Sini

Aku nak ucapkan terima kasih karana kalian kelihatannya masih di sini membaca dan menjengah perkabaran baru dari aku. Aku tahu mungkin bukannya ada apa faedahnya kalau singgah di sini, hanya sekadar mendengar cerita dan pendapat aku tentang kehidupan di bumi ini dan juga di alam maya ini.

Aku tau mungkin suatu kepelikan atau kejelikan bila entri-entri di sini kelihatan agak puitis yang mungkin akan menyebabkan ada yang nak terloya dan termuntah bila membaca entri yang berbentuk sedemikian rupa. Especially kepada kawan2 yang mengenali diri aku, memahami sikap dan perilaku aku. Dan bila di sini menjadi puitis, kalian pening, malas membaca dan sebagainya. Datang pula rasa menyampah dengan bahasa berbunga-bunga.

Tapi mungkin itu suatu yang kalian sendiri tak tahu, yang mana sememangnya aku sebegitu. Sememangnya aku menyimpan bakat itu (bakat ker?), yang sebelum ini tidak ada tempat nak disalurkan. Bila ada blog ini, kelihatannya semua idea, curahan perasaan, pemikiran dan kupasan perkara semasa aku buat di sini. Blog ini sebagai hobi mengisi masa lapang yang kadang2 tak lapang jugak. Dan aku rasa blog ni punya sentuhannya yang tersendiri dan bukan sekadar bual bicara kosong semata.

Aku sangat mengalu-alukan komen2 dari entri yang aku buat di sini. Kita boleh bertukar pendapat dan fikiran yang akan membuahkan suatu yang boleh diambil tindakan yang boleh membawa hasil yang berkesan. Tentang kepuitisan di sini, hanya sekadar aku meluahkan rasa hati kepada sesiapa yang mungkin tidak disebutkan di sini. Cukup sekadar aku nyatakan apa berlaku dgn tidak mendedahkan orang2 yang terlibat dalam kejadian yang aku sebutkan di sini.

Aku mungkin akan mula menceritakan hal2 yang berkaitan dgn kawan2 dan yang tersayang secara khusus di sini mulai esok. Kepada kawan2 yang rasa nak diexpose dirinya di sini, bolehla contact aku dgn menghantar email atau komen atau cukup bgtau kat shoutbox yang disediakan. Jgn lupa, aku akan menceritakan hal kalian dalam konteks kacamata aku. So kalau ada yang terlebih atau terkurang terlebih dahulu aku mintak maaf terlebih dahulu. Besar kemungkinan aku akan sertakan gambar kalian sekali di sini. Penyertaan dari geng SULTANATED adalah amat dialu-alukan. So ada la isu atau bahan yang nak dibincangkan di gathering harian. Aku dah bosan mencipta dan menjawab teka teki.

Tak lupa juga kepada semua sahabat blogger yang aku kenal secara fizikal atau di alam maya sahaja. Mungkin kalina juga akan menjadi modal penceriataan di blog aku di sini. Aku tgk ramai sahabat2 aku dari UM dah mula jadi blogger. Tak kira apa isu yang dibincang, tapi kalian tetap seorang penulis blog. Akhir sekali, selamat maju jaya kepada semua dan happy blogging.

Saturday, February 14, 2009

Estranged - Itu Kamu


Estranged - Itu Kamu

Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang

Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puasku, mengiringi semua tawa dan tangisanmu,
Anggun jiwamu, pelita yg terang

Hatiku mahumu
Rupamu
Masih masih masih masih…

(Chorus)
Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu

Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya…

Thursday, February 12, 2009

Kalau itu ialah kamu

Kalau itu ialah kamu, aku tak perlu terlalu banyak masa untuk mengenali kamu kiranya sudah dari azali sudah tertulis itu.

Kalau itu ialah kamu, ucapan-ucapan itu pun sudah menjadi tidak penting bagiku. Cukup sekadar hati berbicara dan biar jiwa menyampaikan maksudnya.

Kalau itu ialah kamu, aku pasti memang tuhan yang menghantar kamu untuk aku. Kerna kamu yang menamatkan penantian demi penantian yang diakhiri dengan penyesalan selama ini.

Tapi kalau bukan kamu....

Monday, February 9, 2009

Aku Tahu atau Aku Tidak Tahu

Aku tahu sebenarnya mimpi itu mainan tidur sahaja, tapi aku tidak tahu alamatnya kalau aku seringkali bermimpi mengenai orang yang sama dan perkara yang hampir sama setiap kali aku bermimpi tentangnya. Dan pabila hadir orang baru yang mengatakan akan pergi bersama orang lain serta meninggalkan aku, aku tahu kebarangkalian kebenaran itu ada dan kebarangkalian itu terjadi masih terdapat peratusannya di situ.

Aku tidak tahu persoalan ini penamatnya bila, tapi aku tahu pasti ada penamatnya walaupun aku tidak tahu siapa yang akan menjadi dalangnya. Aku tahu kau mungkin pernah cuba meletak harapan atau memberi harapan pada aku, tapi kau tak berani menyatakannya hanya kerana intuisi-intuisi kamu yang kau sendiri tidak pasti tentang itu. Lantaran sesuatu yang kamu rasa sebagai instict yang menjanjikan kamu akan bersamanya dalam takdir itu. Aku tahu sehingga hari ini kau masih tidak pasti, walaupun aku tak tahu apa perasaan sebenar kau pada aku dan keadaan sebenar kau dengan dia.

Aku tahu kau masih tak sedia menerima kasih sesiapa walaupun aku tak tahu siapa dia pada kamu. Aku tahu tujuannya waktu mula-mula apabila kau cuba untuk mengenaliku, walau kini aku tak tau kenapa ada hubungan ini walau kau masih percaya intuisi-intuisi itu. Aku masih tahu yang kau sendiri tidak pasti takdir itu walaupun kau masih menganut kepercayaan padanya.

Aku tahu kalau aku terus mencuba, ianya akan meriskokan diri aku sendiri kerana aku sendiri belum pasti apa takdirnya. Tapi aku tak tahu kalau aku berhenti adakah takdir itu sama atau aku melambatkan suatu kepastian yang sebenarnya memang sudah tertulis. Aku masih tak tahu kalau pergi ketempat lain menjanjikan suatu yang lebih baik, atau sekadar menjadi jalan cerita sebuah takdir yang sama walau aku tahu mencuba itu lebih baik dari embiarkan situasi tergantung begini.

Tuhan, tunjukkanlah jalan yang engkau tahu terbaik untukku. Beri kemudahan agar ku tahu semua itu takdirmu yang kau sudah tuliskan terlebih dahulu. Dan berilah dia tahu kiranya itu takdirnya, "Aku sentiasa mendoakanmu".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...